Sunday 26 January 2014

LIM MING HOO PENASIHAT LIMA NGO TERIMA KUNJUNGAN KEHORMAT SEMPENA TAHUN BARU CINA



Written by Admin
Saturday January 25,2014-01-25

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO STEVEN CHIN

SANDAKAN:- Sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir lima (5) badan NGO yang membabitkan  Young Malaysian Movement (YMM) yang diketuai Ong Chih Qun (Pengerusi) Gerak Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Pengerusi Konny Ho Khong Vui, Persatuan Masyarakat Tiong Hwa Bersekutu Sandakan-Sabah Ketua Pemuda Tang Chang Fai, Persatuan Hainam Sandakan Ketua Pemuda Alex Kok Kin Vun dan Chi Siang Khor Moral  Uplifting Sandakan Ketua Pemuda Chong Thau Kiun  mereka telah mengadakan pertemuan  dengan Penasihat Gambungan 5 badan NGO itu Datuk Lim Ming Ho di Yacth Club Sandakan kelmarin petang.

Dalam pertemuan tersebut  mereka memberikan pandangan dan sedikit taklimat mengenai perjalanan persatuan mereka masing-masing untuk masa hadapan  kepada Lim.

Mereka selanjutnya mengucapkan terima kasih kepada Lim  sebagai Penasihat kepada lima badan NGO ini Lim begitu prihatin  disamping banyak memberikan pelbagai bantuan.

“Kami sebagai ketua-ketua lima badan lima NGO ini akan terus menyokong kepimpinan Lim sebagai Penasihat kepada persatuan-persatuan kami hingga bila-bila masa sahaja kerana budi baiknya kami tetap hargai dan kami tidak melupainya” kata Ong yang mewakilI Ketua-Ketua NGO tersebut.

Memang sudah menjadi kebiasaannya di tahun Baru Cina  dan adat resam budaya kaum cina setiap pengunjung dan perjumpaan semestinya di hadiahkan beberapa buah biji limau Manderin  sebagai tanda penghormatan.

Dalam ucapan balas Lim menyeru kepada kelima lima badan NGO itu supaya melipat gandakan usaha lagi dalam meningkatkan pelbagai aktiviti kemasyarakiatan disamping dapat menunjolkan perkhidmatan mereka lebih cekap dan kepimpinan yang denamik semoga mendapat kepercayaan penuh kepada orang ramai.

Semoga tahun 2014 ini merupakan tahun Kuda segala apa yang telah dirancangan dapat menempuh kejayaan yang cemerlang.

1 comment:

  1. adakah datuk lim layak jadi penasihat kepada lima ngo ?adakah orang yang tidak mengenang budi layak jadi teladan pemuda?.

    ReplyDelete