Wednesday 22 January 2014

MASALAH KESUMBATAN SALURAN PEMBENTUNGAN NAJIS KAWASAN BANDAR SELESAI....JKR



Written by Admin
Wednesday 22 January 2014

 


Stanley (kanan) menjelasan sesuatu kepada Wong berhubung kerja-kerja pembersihan yang sedang dijalankan




OLEH: ROBERT LEONG CHAU CHU

SANDAKAN : Masalah kesumbatan manhole dan saluran di kawasan Pusat Bandar Sandakan baru-baru ini telahpun diselesaikan oleh Unit Pembetungan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan.

Walaupun terpaksa bekerja didalam hujan, kakitangan unit diketuai oleh Pekerja Awam Khas (PAK)/Pembetungan JKR Sandakan Stanley Mohd Omar, berjaya membersihkan kesumbatan yang berlaku di kawasan Timur dan Barat Pusat Bandar.

Stanley memberitahu bahawa kerja pembersihan yang dilakukan pada waktu malam ini telah dijalankan selama tiga malam pada 17, 18 dan 20 Januari.

Menurut beliau, masalah ini berpunca dari hujan lebat yang berpanjangan di daerah ini dimana kandungan air didalam saluran bertambah dan mengakibatkan sampah sarap terperangkap didalam manhole.

Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan bermula jam 6 petang hingga 10 malam bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas, tambah Stanley.

Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Tanjung Papat Wong Chee Kiat dalam tugasan harian  meninjau permasalahan penduduk di kawasan tersebut, telah meluangkan masa untuk melihat sendiri kerja yang dijalankan oleh kakitangan Unit ini.
  
Wong berpuas hati dengan komitmen kerja yang ditunjukkan oleh kakitangan Unit Pembetungan JKR Sandakan dimana sanggup menjalankan tanggungjawab walaupun semasa hari hujan.




No comments:

Post a Comment