Friday 31 January 2014

MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAYAAN TAHUN BARU CINA SUNTIK SEMANGAT PERPADUAN RAKYAT ..AU KAM WAH



Written by Admin
Friday January 31,20, 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Majlis rumah terbuka sama ada Hari Raya, Pesta Kaamatan, Hari Natal, Deepavali termasuk Tahun Baru Cina  yang telah diamalkan sekian lama di negara ini oleh kaum-kaum yang berlainan anutan agama dan berlainan budaya ia menjurus kepada  mewujudkan jalinan mesra, perpaduan  dan semangat muhibbah antara satu sama lain.

Inilah kebagusannya rakyat di negara ini walaupun ramai bangsa tetapi masih wujud keharmonian dan saling kunjung mengunjungi majlis-majlis seumpama ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah yang mengadakan rumah terbuka Kong Hee Fatt Choy semasa diwawancara oleh wartawan kanan Free Sandakan Today.com di Dewan Chi Wah tengahari tadi beliau menjelaskan rakyat di negara ini haruslah bersatu padu dan mengiratkan siratulrahim di kalangan masyrakat majmuk demi perpaduan dan keharmonian sejagat.

“Sebagai wakil rakyat saya akan terus fokus kepada peningkatan pembangunan di kawasan Sandakan terutama sekali di kawasan Elopura selain dalam aspek perumahan  saya juga fokus dalam meningkatkan pembangunan industry pelancongan.

Katanya dengan peningkatan bidang industry pelancongan di negeri ini termasuk daerah Sandakan ia jelas  sebagai sumber ekonomi  bagi menjana pendapatan negara.

Sempena Tahun Kuda pada perayaan Tahun baru Cina ini rakyat rakyat  diseru bekerja keras lagi, disamping menanam jati diri untuk mendisilpinkan diri bagi memberi layanan yang baik berbudi bahasa bersopan satun kepada para pelancong asing dan dalam yang berkunjung ke Sandakan mahupun di negeri ini.

“Dengan sikap rakyat Malaysia bersopan santun itu maka rakyat dari negara luar yang melawat ke negara ini khususnya di Sandakan mereka rasa terhormat diri mereka dengan layanan yang baik dan memuaskan ini akan mendatangkan menfaat kepada industry pelancongan di negara ini” ujarnya.
Berhubungan dengan kenaikan harga barang yang terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna Au berkata sepatutnya pihak peniaga tidak keterlaluan menaikan harga jualan mereka sehingga mencecah 60 peratus.

Au menasihatkan kepada rakyat khususnya pengguna agar sentiasa mengamal sikap berjimat cermat bila berbelanja bukan mengikut nafsu dan hati berhemahlah dari sekarang.

Turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kong Hee Fatt Choy ialah TYT Tun Haji Juhar Hj Mahirrudin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman, Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah,Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyun dan bersama rombongannya


.




No comments:

Post a Comment