Sunday 26 January 2014

MAJLIS GUNTING RAMBGUT RAMAI-RAMAI DI TAMAN MESRA DAPAT SAMBUTAN



Written by Ademin
Sunday  January 26,2014
  
OLEH:  SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
  
SANDAKAN:- Umat Islam di Sandakan khususnya di Taman Mesra supaya sentiasa menanam sifat nilai-nilai murni  dan jati diri untuk bermaufakat   disamping dapat mengamalkan  gaya hidup sebagai  insan seorang muslim

Sebenarnya Islam ini mudah jika segala ajaran-ajarannya kita amalkan yang penting jangan langgar akidah hukum  hakam dan rukun Islam Islam tidak melarang umatnya bebuat sesuatu asalkan  tidak bertentangan dengan  ajaran Islam sebenarnya.

Perbanyakan buat ibadah Solat dan sembayang itu wajib kerana ia merupakan tiang agama, buat amal jariah sering bersedekah, berzakat membantu kepada orang-orang yang memerlukan pertolongan ini juga merupakan satu ibadah.

Timbalan Yang Dipetua  USIA Negeri Sabah Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Gunting Rambut Beramai Ramai sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran Jawatankuasa  Masjid  Saidina Ali Abi Thalib Taman Mesra dekat sini pagi tadi.


Ampong yang juga Ketua Bahagian UMNO Sandakan menyeru umat Islam  bersatu demi menegakkan Islam agar tidak dikutak katikan oleh golongan lain.

Katanya program bergunting rambut beramai-ramai seperti yang diadakan pagi ini ia merupakan satu suntikan semangat kepada penduduk Islam khususnya di   Taman Mesra  untuk menjalinkan keharmonian dan bersatu padu dalam mewujudkan siratulrahim yang jitu antara sesama sendiri.


Selain ia dapat memupuk semangat setia kawan tambah Ampong ia juga dapat mengelakan beban yang ditanggung oleh para ibubapa kalau nak mengadakan majlis seumpama ini bukan sedikit belanjanya kalau setakat dua tiga ratus memang tidak memcukupi.

Jadi dengan  melalui majlis berkelompok sebegini  kita dapat berjimat cermat dan saya difahamkan oleh pihak penganjur setiap peserta hanya membayar RM20,00 sahaja dengan satu kotak telur ayam yang berisi 30 biji ” katanya.
 
Turut hadir sama Ketua USIA Bahagian Sandakan Datuk Hj Alipuddin KK Hj Puyon, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Muhd Hj Utung dan AJK USIA lainnya.



Untuk  menyerikan suasana majlis tersebut para hadirin dihiburkan persembahan lagu-lagu nasyid, syarahan Agama dan bacaan Berzanzi dan majlis gunting rambut tersebut telah disertai 40 kanak di bawah umur 2 tahun.

No comments:

Post a Comment