Sunday 12 January 2014

MESYUARAT AJK WANITA UMNO SANDAKAN DIJADUALKAN PADA 18 JANUARI 2014...NORAINI



Written by Admin
Sunday January 12,2014-01-12

 OLEH:  AZMI AZMAN


SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan akan mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasanya bagi kali kedua pada 18 Januari ini bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Sandakan.
 
Mesyuarat yang akan bermula pada jam 8.30 pagi itu akan dipengerusikan sendiri oleh Noraini Sulong selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan.

Noraini  memberitahu kepada Pegawai Akhbar Pribadinya Saimon S Jumadi tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk  membincangkan beberapa perkara penting antaranya ialah mengenai program dan aktiviti-aktiviti Pergerakan Wanita untuk tempoh tahun 2014 ini.

Selepas saja selesai mesyuarat tersebut Noraini bersama-sama rombongannya yang terdiri daripada AJK Wanita UMNO Sandakan akan melawat sambil menghulur sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa  terbabit tragedy kebakaran Kampung Bakau.

Ini adalah tanggungjawab kami sebagai pemimpin khususnya diperingkat  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian untuk membantu  yang termampu kepada sesiapa saja rakyat tidak kira siapa mereka yang ditimpa musibbah bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan” ujarnya.


Noraini yang kini berada di ibu negara dijangka akan kembali ke Sandakan pada 17 Januari ini bersamaan hari Jumaat.

Tambahnya lagi semua AJK Wanita UMNO berkenaan yang telah  menerima surat jemputan mesyuarat tersebut dimestikan hadir kemesyuarat itu  pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan itu

No comments:

Post a Comment