Saturday 18 January 2014

21 AJK WANITA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN ANGKAT SUMPAH AKU JANJI TAAT SETIA PADA PUCUK PIMPINAN



Written by Admin
Saturday January 18,  2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Sebelum Mesyuarat Bahagian Wanita UMNO Sandakan bagi kali kedua dijalankan pagi tadi dipejabat Bahagian UMNO Sandakan  didahulukan majlis upacara  mengangkat sumpah Aku Janji  yang membabitkan  seramai 21 orang Ahli Jawatankuasa  Bahagian Wanita UMNO Sandakan yang diketuai  sendiri Ketua Wanitanya Noraini Sulung .

Watikah angkat sumpah Aku Janji yang dilafaskan serentak itu antaranya menyatakan  taat setia kepada perjuangan  UMNO dan taat setia kepada pucuk pimpinan Ketua Wanita Bahagian Sandakan bagi tempoh 2014/2016.
 
Dalam sesi wawancara dengan  Wartawan Free Sandakan Today.com Noraini Sulong sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat tersebut menasihatkan ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian Wanita yang terdiri daripada ketua-ketua cawangan Wanita UMNO Sandakan supaya memberikan komitmen dan menggembling sepenuh  tenaga bagi meningkatkan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama sekali bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14  PRU-14) nanti.
 
“Saya yakin dengan adanhya gandingan mantab anatara ahli-ahli UMNO diseluruh akar umbi, Wanita, Pemuda, Puteri, Bahagian dan diperinkat cawangan maka perjuangan UMNO/BN bertambah kuat dan tidak gentar untuk berdepan dengan musuh-musuh politik yang memang sentiasa ingin menggugat dan menghancurkan perjuangan kita” tegasnya.

Noraini juga mengajak kepada semua ahli-ahli UMNO yang selama ini tidak menyokongnya supaya melupakan kisah-kisah lalu  agar  bersatu semula demi  menegakan mertabat perjuangan UMNO  ini  selari dengan transformasi parti UMNO.

Mengenai kenaikan harga barang yang melambung tinggi Noraini menasihatkan kepada ahli-ahli Wanita UMNO yang merupakan surirumah agar berjimat cermat bila berbelanja dan belilah barang-barang yang perlu sahaja jangan bazirkan wang yang tidak ada hala tuju itu.




No comments:

Post a Comment