Thursday 9 January 2014

I 24 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN KG BAKAU DAPAT BANTUAN DAPUR GAS DARIPADA DAP SANDAKAN



Written by Admin
Thursday January 09, 2014

 OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Walaupun  Ahli Parlimen kawasan Sandakan  yang datangnya daripada parti pembangkang harus juga turut bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat dan menjaga kebajikan pengundinya tidak kira siapa mereka terutama sekali mereka yang ditimpa musibbah seperti  kebakaran  yang berlaku baru-baru ini di Kampung Bakau.

Ahli Parlimennya Stephen Wong yang kini berada di Kuala Lumpur telah mengarahkan para  Pegawai Kanannya iaitu Amsi Liew  dan Dayang Zubaidah Datu  Tahil  untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran berupa Dapur Gas sebanyak 24 buah yang melibatkan 24 keluarga  yang disumbangkan oleh Parti DAP Sandakan.

Wong yang tidak  dapat turut sama pada majlis penyerahan tersebut beliau telah diwakili oleh Ams Liew, Dayang daripada Pejabat Parlimen Sandakan, George Hiew, Frankie Poon dan Calvin Chong  Timbalan Pegawai Perhubungan DAP masing-masing daripada DAP Elopura, Tanjung Papat dan Karamunting.

Dalam mesejnya Wong menjelaskan kepada mangsa-mangsa terbabit supaya banyak bersabar mengenai tragedi yang memang tidak duga menimpa mereka ini semuanya hekmah disebaliknya.

Dalam  perkembangan yang berkaitan menurut keterangan yang diterima oleh Pegawai Khas Parlimen Dayang Zubaidah semasa mereka hendak menyampaikan batuan tersebut kepada  mangsa-mangsa terbabit  telah dihalang oleh seorang perempuan yang mengaku dirinya sebagai Pengerusi JKKK Kg Baru Batu 2 TB Ward yang berlagak sombong.

“Sambil mengeluarkan kata-kata kesat  “Kamu parti pembangkang tiada hak untuk memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di sini kalau kamu hendak memberi bantuan mestilah melaluinya terlebih dahulu”

Sepatutnya mereka  bersyukur dan berterima kasih  kerana ada  pemimpin daripada pembangkang yang turut simpati  sama-samalah membantu bukan coba menghalang kerja-kerja murni kami” jelas Dayang.

Kata Dayang kepada Wartawan Free Sandakan Today.com semasa kebakaran berlaku di Kampung Bakau tidakpun nampak kepala dan batang hidungnya menjengok para mangsa berkenaan sama ada mati  kah atau hidupkah dan pemimpin yang pertama datang melawat  mangsa ialah Ahli Parlimen iaitu Wong dan rombongannya.

“Saya amat kesal sebagai pemimpin kerdil di kampung  yang  berlagak,   mujur saya  masih ada fikiran waras kalau ikutkan hati saya mahu saja  kena penampar atau saya pusing-pusing  batang lehernya kebelakang biar cacat seumur hidup bikin panas betul baru ada pangkat sikit jadi pengerusi JKKK sudah menemberang, sombong, bongkak”  kata Dayang yang jengkel sangat dengan perempuan itu.



No comments:

Post a Comment