Friday 17 January 2014

PEMIMPIN YANG DENAMIK MENDAPAT PENGHARGAAN DAN PENGHORMATAN...KASSIM BELONGKU



Written by Admin
Friday January 17,2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KUAMUT:- Beberapa orang pemimpin masyarakat Kampung yang banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat mereka telah diberikan penghargaan dan penghormatan sebagai seorang aktivis peringkat kampung yang berkemampuan berkhidmat untuk membantu sesama sendiri dan berteraskan  kepercayaan dan kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas lantas  mereka yang terlibat  masing-masing menerima sijil penghargaan daripada Pengerusi JKKK Kampung Entilibon Asal Kassim Belongku dalam satu majlis rasmi yang diadakan di kampung tersebut baru-baru ini.
 
Mereka adalah terdiri daripada Lazarus @ Imam Luanti AJK Kebersihan KAN  Ahloi Lian, KK Ampian Daungkal  dan Puan Langkabi Jimpi Ketua Biro Wanita.

Dalam ucapan alu-aluan Kassim antara lain mengucapkan tereima kasih kepada semua pemimpin kampung yang memberikan kerjasama sama dalam apa saja program-program kerajaan.

Selain itu juga Kassim mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasab Kuamut Masiung Banah yang telah meluluskan beberapa buah projek kecil untuk keperluan penduduk kampung Initilibon Asal.

“Sebagai Pengerusi JKKK kampung ini yang merupakan penyokong tegar Kerajaan Barisan Nasional (BN)  akan tetap setia berdiri teguh dibelakang kepimpinan Masiung kerana beliau merupakan seorang pemimpin denamik yang tidak rasa  jemu dan bosan terus memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat di seluruh DUN  Kuamut sehingga Kuamut kini telah berubah wajah dalam pembangunan infrastruktur yang boleh dibanggakan kerana setaraf dengan kawasan-kawasan DUN lainnya di negeri ini” jelasnya kepada wartawan Free Sandakan Today.com sejurus selepas menyampai sijil-sijil tersebut.


No comments:

Post a Comment