Wednesday 22 January 2014

KEPIMPINAN KESEDARHANAAN PADA DIRI NORAINI SULONG WANITA UMNO SANDAKAN BERTAMBAH SAYANG



Written By Admin
Wednesday 22 January 2014

OLEH:  MOHD SUFFIAN AHMAD                  

SANDAKAN:- Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata melalui penyertaan pelbagai program kemasyarakatan sama ada anjuran badan-badan politik mahupun badan-badan NGO ia menjurus kepada mewujudkan perpaduan yang erat di kalangan masyarakat ataupun penduduk setempat.

Inilah kebaikannya kalau kita sebagai masyarakat suka dan gemar mengikuti apa saja aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kerana banyak menfaatnya pertama kita boleh kenal mengenali antara satu sama lain kedua ia boleh mempupuk semangat setia kawan mem upuk kerjasama yang jitu dan memupuk siratulrahim.
 
Noraini Sulong menjelaskan kepada Pegawai Akhbar pribadinya yang juga merupakan Pengarang Kanan Portal Free Sandakan Today.com yang memang tidak asing lagi di sabah khususnya di Sandakan iaitu Shaimon S Jumadi  semasa sesi wawancara eksklusif  pada  Program Warga Ceria sempena sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhamed SAW baru-baru ini.
 
“Selaras dengan Tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu “Taqwah Memantap Ummah” lantas umat Islam di  galakan menyertai apa saja program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sama ada melalui gotong royong membersihkan sekeliling kawasan masjid,surau termasuk membersihkan kawasan tanah perkuburan melawat orang-orang yang ditimpa musibbah seperti kematian melawat orang yang uzur  melawat ke pusat-pusat rumah orang-orang tua dan melawat ke pusat-rumah-rumah anak yatim ini juga merupakan satu ibadah dan amal jariah” ujarnya.

Selain itu Noraini juga berpesan kepada semua ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan sama dan di Zon Elopura dan Zon Tanjung Papat supaya tampil kedepan untuk sama-sama menggembling tenaga dalam melaksanakan tanggungjuawab sebagai ahli Wanita UMNO yang merupakan tulang belakang  kepada Bahagian  untuk meneruskan perjuangan kita agar UMNO bertambah kuat untuk meyakin rakyat pada PRU 14 nanti kerusi Parlimen Sandakan dapat ditebus kembali ini adalah target dan sasaran utama kita.

Dalam pandangan  pribadi Wartawan Free Sandakan Today.com Noraini Sulong adalah merupakan seorang pemimpin wanita yang boleh dicontohi oleh mana-mana pemimpin sama ada NGO atau badan politik kerana beliau seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, rajin, suka mengalah rendah diri kalau bercakap lemah lembut dan bersopan santun inilah yang membuat orang ramai khususnya wanita-wanita UMNO Sandakan senang hati mendekati dirinya  dan suka dengan pendirian Noraini.

Kesedarhanaan keperibadiannya  tidak sombong dan suka bergaul dengan sesiapa saja buat orang bertambah sayang  dan hormat terhadap kepimpinannya yang jitu,  ini dijelaskan sendiri oleh Pegawai Akhbar pribadinya iaitu Saimon S Jumadi beliau senang bekerja di bawah selia dan arahan Noraini  yang tidak cerewet suka mendengar pandangan  dan pendapat  orang lain untuk dikongsi  bersama bagi memajukan sesuatu sama  ada sedang dirancang atau sedang dalam perancangan.

 Saya juga amat beruntung mendapat seorang boss Pengarang Kanan Free Sandakan Today.com seperti  SSJ kerana banyak tunjuk ajar dalam penulisan  berita/artikel  dan banyak juga berita-berita yang saya hasilkan 60 peratus tersiar di portal ini



No comments:

Post a Comment