Wednesday 8 January 2014

BANTAHAN MESYUARAT TIDAK DILAYAN AHLI-AHLI UMNO BELURAN KECEWA.....SABRAN



Written by Admin
Wednesday January 08, 2014

OLEH: CHANG TEN LOI

BELURAN:- Dua Bulan menunggu selepas bantahan dikemuka dan dihantar ke Pengerusi Bantahan Pemilihan Bahagian-Bahagian Umno Malaysia masih tidak ada tindakan,menyebabkan Ahli Umno Cawangan Kg Sungai Nangka ,Sabran Hj Sudin (Gambar) mahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansur menjelaskan mengapa bantahan yang sudah dihantar itu masih tidak mendapat perhatian.

Menurutnya, Selepas mensyuarat pemilihan Bahagian pada 19 Oktober lalu, beberapa cawangan yang mendapati wujud penyalah-gunaan kuasa oleh kepimpinan Umno Beluran berhubung beberapa perkara termasuk membenarkan 24 cawangan yang tidak mengadakan persidangan  di peringat 

 “Dalam beberapa keadaan kami ada bukti kukuh ,perwakilan cawangan juga sudah ditentukan oleh Kepimpinan Umno Beluran dengan semua borang termasuk senarai kehadiran ahli yang bertandatangan dan yang telah lengkap diisi hanya diserahkan kepada ketua cawangan untuk ditanda tangani”

“Ketua cawangan yang enggan mengikut arahan yang dipercayai atas arahan ketua bahagian Umno Beluran, cawangan tersebut disenarai hitam dan dinafikan hak untuk menghantar perwakilan,kesannya sebanyak 24 cawangan yang tidak bersidang boleh menghantar perwakilan untuk memilih dalam Pemilihan berkenaan”Katanya

Beliau yang juga mantan Ketua Cawangan Kmpung berkenaan pada tahun 1995-2001bersama 37 ahli cawangan itu menurut Sabran tidak pernah menerima surat pemberitahuan Mesyuarat dengan kata lain cawangan mereka tidak pernah mengadakan Mesyuarat seperti yang dikehendaki dalam perlembagaan Umno, tetapi boleh menghantar perwakilan dan mengundi namun diberi syarat mesti mengun dicalon ketua bahagian Datuk James Ratib.

Dalam pemilihan 19 Oktober 2013 lalu. Datuk James Ratibselakuketuabahagian dicabar oleh Aspah Sani (ketika itu Timbalan ketua bahagian ) dan mantan Ketua Bahagian Datuk Surady Kayong, bagaimanapun Surady kmudiannya didapati melanggar disiplin lalu digantung keahliannya tanpa diberikan peluang membela diri.

Dalam pemilihan itu, James Ratib yang juga Wakil Rakyat Sugut berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian bersama gandingan beliau, Mahmud Hj Awang Hussien, selaku Timbalan dan Ariffin Bacho selaku Naib Ketua Bahagian.

Bagaimanapun kemenangan Datuk James Ratib dan Kumpulannya didalangi dengan berbagai penyelewengan dan salah guna kuasa bermula dari peringkat cawangan yang menyebabkan ramai ahl icawangan yang tidak berpuas hati lalu menghantar bantahan kepadaPengurusi Bantahan Pemilihan Umno Tan Sri Azmi Khalid.pada 25 Novemver 2013 lalu.

“Kami sendiri menghantar surat bantahan ini dengan diketuai Saudara Aris Melayu ke Pejabat Umno di PWTC bersama semua aduan dan bukti kukuh penyelewengan serta salah guna kuasa  oleh kepimpinan Datuk James Ratib agar penyesiasatan dilakukan termasuk mengadakan semula pemilihan peringkat 

Dalam pada itu menurut Sabran, mereka juga turut membuktikan bahawa dakawaan salah guna kuasa oleh ketua bahagian dan jawatan kuasa pengurusan Umno Beluran adalah apabila individu ahli Umno yang telah meninggal dunia terus masih dilantik sebagai Ahli jawatankuasa cawangan yang menggambarkan bahawa cawangan terbabit tidak mengadakan persidangan tetapi jawatan kuasa ditentukan oleh kelompok tertentu di bahagian.

Menurut beliau lagi, semasa menyerahkan surat batahan itu,mereka juga telah ditujukkan Tan Sri Azmi Khalid, artikal-artikal dalam perlembagaan Umno yang boleh disabitkan dengan dakwaan salahguna kuasa oleh Ketua bahagian Beluran jika ianya didapati benar dan terbukti.

Kesalahan-kesalahan itu adalah di bawah perkara 8: Tingkah Laku Sewaktu Menjawat Jawatan Dalam Parti,(a) Menjalankan Mesyuarat tanpa notis yang munasabah (b) Tidak menjalankan Mesyuarat mengikut peraturan mesyuarat (c) Menjalankan mesyuarat  di tempat yang tidak ditetapkan (contoh di dalam bas dan di Luarkawasan) (g) menjalankan Mesyuarat dengancukup 

 Berdasarkan penyataan perlembagaan itu,pelanggaran peraturan jelas telah dilakuan oleh Datuk James Ratib bilamana,Cawangan Ansun,Cawangan Baba, Cawangan Lumou,Cawangan Miontok,Cawangan Sanarom,Cawangan Buis, Cawangan Telipud, Cawangan Masumba, Cawangan Maliau. Cawangan Maau dan cawangan Tapaang semenjak tahun 1996 namundi kategori sebagai cawangan tidak Aktif dan pasif namun Pengurusan bahagian telah melakukan projek Ahli dengan memindah ahli Umno dari cawangan lain menjadi ahli di cawangan-cawangan 

 “Ahli-ahli  yang diprojeksiitu kemudiannya diberi surat notis bermesyuarat di pejabat Umno Bahagian Beluran dan telah membentuk jawatankuasa masing-masing tanpa pengetahuan ahli asal dan penduduk di kampong-kambung cawangan itu beralamat.”

“Ahli-ahli hant lah yang dipilih sebagai perwakilan cawangan untuk mengundi dan sememangnya semua mengetahui sebahagiannya adalah mereka yang mempunyai pertalian dengan Datuk James Ratib”Katanya.

Selainitu, dengan Kuasa yang ada sebagai Ketua bahagian,Sabran mendakwa James Ratib, turut menghalalkan kehadiran ahli-ahli yang digantung keahliannya oleh jawatankuasa wanit dan puteri sebagai perwakilan kemesyuarat Bahagian.

Turut menjadi kekecewaan ahli-ahli Umno Beluran ,kepimpinan bahagian itu langsung tidak mengambil tindakan terhadap dua orang ahli Umno yang pernah menjadi calon bebas pada PRU11(2004) dan PRU12 (2008) kekal sebagai ahli Umno dan ketua cawangan serta perwakilan cawangan dalam Mesyuarat bahagian tersebut.

“Kehadiran mereka berdua bukan sahaja diterima malah sangat dialu-alukan oleh Datuk  James Ratib sekalugus menghina kepad aahli-ahli Umno setia Beluran yang telah bertungkus lumus memenangkan calon Umno dan BN di Beluran termasuk diri Datuk James sendiri pada PRU 2008”

“Ahli Umno dan BN yang menentang BN pada pilihanraya seharusnya secara otometik gugur keahlian mereka dari parti tetapi itu tidak berlaku dengan kedua individu tersebut yang pernah menjadi calon bebas sebaliknya di berikan mandate oleh Datuk James Ratib menjadi Ketua cawangan dan perwakilan cawangan”tegas beliau.





No comments:

Post a Comment