Monday 20 January 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG CETUSKAN SEMANGAT KIERJASAMA YANG INTIM....AMPONG



Written by Admin
Monday January 20,2014

OLEH: SHAIMON S  JUAMDI
FOTO SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Golongan warga emas tidak  akan terpinggir untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan  dan kebajikan mereka terus terpelihara untuk meneruskan sisa-sisa  hidup mereka.

Dalam pada itu agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat terus  memainkan peranannya kearah  mengenal pasti setiap  warga  emas  terus mendapatkan pembelaan yang seksama bagi mendapat pelbagai bantuan melalui  ketua-ketua kampung dan pihak JKDB dan JKKK kerana mereka adalah  mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan berbagai-bagai maklumat untuk disampaikan kepada golongan sasar

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian dalam ucapnya dimajlis penyampaian sumbangan  wang tunai kepada 11 orang warga emas Kampung Berhala Darat Sim-Sim  sempena program Gotong Royong bagi membersihkan kawasan keliling Surau Al-Firqan  Sim-Sim pada  tengah hari tadi.
 
Ampong memuji pihak penganjur program tersebut iaitu JASA dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diterajui kepimpinan Noraini  Sulong kerana  berjaya menganjurkan program tersebut yang banyak membawa menfaatnya.

“Saya mahu aktiviti sebegini tidak hanya setakat disini  saja bahkan ianya   harus diteruskan kerana melalui gotong royong seumpama ini menjurus bagi menjalinkan siratulrahim di kalangan umat Islam khususnya kepada ahli-ahli UMNO zon Elopura dan Tanjung Papat” tegasnya.

Semasa diwawancara oleh Free Sandakan Today.com berhubung dengan kenaikan harga barangan Ampong turut marah kepada para peniaga kerana dengan sesuka hati menaikan harga barang-barang keperluan yang membelakangi arahan pihak kerajaan.

Katanya pihak Kementerian  Perdagangan  Dalam Negeri  Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) harus membuat pemantauan dan operasi  mengejut keprimes-primes berhampiran   bagi memastikan pihak peniaga  terbabit melakukan  menaikan kadar harga barangan yang melimpasi batas diluar kemampuan rakyat miskin dan perlu dikenakan kompaun dan denda yang berat.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata tujuan mengadakan gotong royong tersebut selain untuk memupuk siratulrahim di kalangan penduduk setempat ia juga untuk  menjalinkan kerjasama  yang erat di kalangan ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan yang melibatkan Zon Elopura dan Tanjung Papat agar tidak timbul jurang berbezaan antara satu sama lain.



“Saya sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang telah dipilih  oleh para perwakilan pada pemilihan lalu akan terus bekerja sama dengan semua ahli-ahli UMNO bukan saja diperingkiat Bahagian bahkah sehingga ke akar umbi demi memperkasakan perjuangan UMNO Sandakan bagi memastikan kerusi Parlimen Sandakan dapat ditebus kembali pada PRU 14 nanti ini adalah sasaran  dan misi utama perjuangan kita.” Ujarnya.
 
Katanya lagi jalinan mesra semangat teloransi di kalangan ahli-ahli UMNO Wanita yang merupakan  tulang belakang Bahagian harus dipupuk dan disemai ini bagi  mewujudkan semangat jati diri untuk menggembling tenaga bagi menguatkan jentera parti untukmenghadapi PRU 14 nanti yang akan diadakan selewat-lewatnya  pada 2016.

Noraini juga mengucapkan terima kasih kepada pihak JASA kerana sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya setiap program Wanita UMNO Sandaka yang dilaksanakan  dengan jayanya.

Turut hadir pada program tersebut  Timbalan Pengarah JASA Hjh Zaitun Abdul Hamid, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Hj Utung @ Abdul Hamid dan Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Haji Alipuddin KK Hj Puyon.

Sebagai pengisian program tersebut selain memberikan sumbangan kepada Warga Emas ia juga disusuli oleh pembahagian bubur lambuk dan program ini diadakan sempema sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhamed SAW.












No comments:

Post a Comment