Saturday 11 January 2014

PENDUDUK BATU SAPI YANG TIDAK PUAS HATI TERHADAP KEROSKAN JALAN BUAT LAPORAN KE SPRM




Written by Admin

Saturday January 11,2014

OLEH AZMI AZMAN
 





BATU SAPI:-  Ekoran kerosakan Jalan Raya Batu Sapi yang semakin kritikel dan sukar untuk dilalui oleh kendaran kecil lantas segelintir penduduk yang marah dengan Wakil Rakyat Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi kerana  didakwa telah  gagal mengatasi masalah tersebut mereka berpiket  di tepi jalan sambil memegang poster yang bertulis BN/UMNO BOHONGI RAKYAT.
  
Kerosakan Jalan Raya Batu Sapi sudah lama dan dibiarkan begitu saja tiada sesiapa pihak yang bertanggungjawab untuk membaik pulih jalan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa  kebencian terhadap pemimpin BN/UMNO kerana mereka seolah-olah dikhianati.

Projek Pembinaan  Jalan batu Sapi  yang bermula sejak tahun 2010 lagi yang dianggarkan menelan kos RM26. Juta telah diberikan sub contractor  kepada bukan kontrak bumiputera oleh kontraktor asal.

Yang paling menyedihkan projek pembinaan  bagi melebarkan Jalan tersebut belum sempat setahun sudah rosak berlubang disana sini ini menampakan bahawa kontraktor yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan ini tidak telus mahu mencari keuntungan lebih sedangkan projek  lansung tidak berkualiti.

Rakyat di kawasan  Batu Sapi tidak seharusnya  patut menyalahkan bulat-bulat kepada kedua-dua pemimpin  iaitu ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin kerana kedua-dua pemimpin ini telah berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan masalah tersebut

Apa yang penting penduduk yang tidak puas hati terhadap pembinaan projek tersebut buat lapuran rasmi bertulis kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) minta mereka menyiasat dan cari siapa main contractor asal sebanarnya  panggil kepajabat jalankan sesiatan.

Tambahan pula kini  musim hujan lantas  jalan tersebut mudah dilanda banjir kilat dan ini sudah tentu menyusahkan penduduk setempat untuk berulang alik dengan menggunakan kereta kecil.

Jalan terbaik buat demontrasi secara aman desak dan minta pihak SPRM cari siapa pemilik sebenar  lesen kontrak iti dan siapa main contractor asal tahan dua hari dilokap untuk memudahkan pihak SPRM menjalankan siasatan rapi.

Mereka yang  mendapat untung besar  berjuta-juta ringgit hasil komesyen projek tersebut  namun rakyat Batu Sapi yang menderita sehingga kedua-dua pemimpin kena padahnya

No comments:

Post a Comment