Tuesday 21 January 2014

KENAIKAN HARGA BARANG BERPUNCA TINDAKAN KERAJAAN MENAIKAN HARGA MINYAK.....WONG DAP



Written by Admin
Tuesday 21, January 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong (gambar) menyelar tindakan kerajaan yang bertindak mengenakan saman atau kompoun  terhadap beberapa peniaga di negara ini khusus Sabah yang didakwa terbabit menaikan  harga barang-barang keperluan yang kini menjadi kontraversi di kalangan pengguna.

Kata Wong tindakan pihak kerajaan khususnya Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyaman para peniaga terbabit adalah tidak wajar kerana ini semuanya berpunca daripada empat faktor ekoran  kerajaan menaikan harga minyak petrol, melupuskan subsidi gula, menaikan kadar tariff elektrik  dan menaikan kadar gaji pekerja RM800.00 sebulan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 ini.

Walaupun pihak kerajaan telah menubuhkan satu badan iaitu Jawatankuasa Bertindak Memantau Kenaikan Harga Barangan tambah Wong sedikitpun tidak membawa kesan malahan ia merupakan satu penekanan dan penindasan  kepada para peniaga di negara ini.

Wong berkata bila harga minyak naik maka kos mengangkutan juga turut dinaikan mana ada peniaga mahu menanggung  rugi, jadi untuk mengimbangkan harga barang seimbang lantas para peniaga terpaksa menaikan harga.

Wong berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today.com sejurus selepas mengagih-agihkan Kad Ucap Selamat Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai-Kong Hee Fatt Choy)  di beberapa pasar umum di sini kelmarin.

Wong banyak menerima aduan daripada pengguna  dan juga peniaga ekoran tindakan kerajaan menaikan harga barangan keperluan yang tinggi sehingga membebankan pengguna terutama sekali kepada masyarakiat cina yang bakal menyambut tahun baru cina pada 31 Januari ini.

“Sebenarnya kenaikan harga yang dilakukan  oleh para peniaga bukan disengajakan ataupun  main suka-suka  sahaja hendak berbuat demikian, ini terpaksa kerana  para pemborong yang membekal barang-barang kepada kami telah menaikan kos pengangkutan jadi kamipun selaku perniaga dan pengguna terpaksa  menaikan harga barangan yang kami jual.

Gaji pekerja, kos tariff elekitrik, bayaran  sewa primes  dan kos pengangkutan semua  pendapatan daripada hasil jualan  merangkumi dalam jumlah ini kalau hanya untung RM1,00  setiap satu item dan 70 peratus sudah ditolak  untuk membayar seperti yang disebutkan itu dan sisanya tinggtal 30 peratus kita mahu makan apa” jelas seorang peniaga  yang  hanya dikenali Mr Lee yang mengadu hal ini kepada Wong

Wong berkata selanjutnya kenaikan harga barang ini bukan saja telah mencetuskan kemarahan di kalangan para penyokong parti-parti pembangkang malahan terdapat beberapa pemimpin kerajaan BN/UMNO juga turut marah kerana fenomena ini telah melibatkan semua rakyat miskin atau kaya yang sama-sama  turut merasai bahangnya.
  
Selain itu Wong juga mempertikaikan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menaikan kadar tariff elektrik yang begitu tinggi yang melibatkan   di Sabah ini juga tidak wajar kerana pihak TNB telah memperoleh keuntungan berjuta-juta ringgit sudahlah begitu perkhidmatan bekalan elektrik di negeri tidak memuaskan kerana bekalan sering terputus (black out) yang mengakibatan kerugian besar di kalangan peniaga yang membabitkan kilang-kilang dan bengkel-bengkel, hotel-hotel dan gedung-gedung pusat membeli belah seperti yang berlaku baru-baru ini  selama 8 jam sehingga mengakibatkan banyak kerosakan harta benda.




No comments:

Post a Comment