Monday 20 January 2014

PENDEKATAN WASATIAH MENGANGKAT MARTABAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI........MUSA



Written by Admin
Monday  January 20,2014

OLEH: CHANG TEN LOY
FOTO SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Pendekatan Wasatiah yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memperkasa dan mengangkat martabat Umat Islam di 
 negara ini.

Konsep itu jelas pemangkin kepada usaha memacu kemajuan dan pembangunan serta peradaban  yang mantap dan seimbang dalam membina ketamaduan Negara bangsa.
 
Ketua Menteri,Datuk Musa Hj Aman  berkata demikian  dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Umum Maulidur Rasul SAW peringkat daerah Sandakan yang diadakan di Masjid Daerah Sandakan kelmarin.

 “Pendekatan Wasatiah atau kesederhanaan itu kita bukan sahaja dapat memupuk kekuatan kalangan umat islam malah ianya juga merupakan ikatan yang boleh membina perpaduan dan kesatuan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Negara ini”Katanya

Malah menurut Musa .kejayaan kerajaan membina pembangunan sehinggan Malaysia terkenal sebagai sebuah Negara membangun yang maju bermula dari perancangan yang bijaksana dengan mengambil kira kepentingan semua rakyat.

yang berasaskan konsep wasatiah dengan semua lapisan rakyat berbilang kaum terlibat dalam proses menjana kemajuan   perdana pembangunan ekonomi, keselamatan negara”

“Perkara ini dapat kita simpulkan bahawa antara factor kejayaan kita dengan melaksanakan pendekatan wasatiah, yang menepati ciri ciri kepimpinan Rasulullah SAW, dalam mentadbir urus umat Islam “Katanya,

Tambahnya Serah baginda yang mengamalkan wasatiah telah dapat mencorak pembangunan Negara islam Madinah dengan cemerlang termasuk dalam soal-soal perbaduan dan kesatuan Ummah sehingga menjadikan Madinah sebuah Negara yang maju dan cemerlang.

Dalam pada itu lebih 7000 umat Islam menghadiri majlis tersebut  dan turut hadir sama ialah  Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ADUN Sekong, Datuk Samsuddin Yahya, ADUN Sukau ,Datuk Saddi Abdul Rahman, Tan Sri Ampong Puyon, Datuk Armani Hj Mahiruddin, Datuk Alipuddin Poyun, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan  Ir Datuk James Wong,Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa pelaksana Hj Hamsan Hj Awang Supain,Pengarah JHEAIN dan tidak ketinggalan juga  Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong.

Bagaimanpun Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah turut mengingatkan umat Islam tentang cabaran  yang dihadapi umat Islam yang boleh menyinggung dan melukakan hati dan perasaan uma tislam.

“ Hari ini umat islam berhadapan dengan berbagai cabaran termasuklah dalam bentuk kefahaman dan ajaran yang bertentang dengan islam, yang disebarkan oleh kumpulan dan golongan tertentu sama ada dari dalam dan luar Negara”

“Golongan itu, cuba memesu ngkan aqidah kita dengan hujah-hujah  yang antaranya lainnya berlandaskan lojik akal semata-mata”Katanya

Justeru bersempena maudilur Rasulini, Beliau mengajak seluruh umat Islam untuk terus berpegang dan menghayati ajaran Al Quran dan Sunah Rasulullah SAW sebagai panduan dan pedoman hidup.

Perkara penting yang wajar dihayati kalangan umat Islam khususnya di negeri ini meneladani kejayaan Rasulullah SAW membina kesatuan Ummah melalui pendekatan wasatiah  yang menjadi tema  sambuatan  Malidur Rasul tahun ini

Katanya jika umat Islam memahami dan melaksanakan konsep Wasatiah ini, Negara dan negeri ini mampu melahirkan generasi yang berilmu, memiliki integeriti dan daya kepimpinan Ungul serta berakhlak mula.
“Marilahkitamenghayati,memahami dan mengamalkan pendekatan wasatiah ini dan menterjemahkannya dalam amalan seharian kita”katanya

Dalam pada itu jawatakuasa telah memilih tokoh Maulidur Rasul dengan  lima ketagori yang diterima Allahyarham Syeikh Hasbullah At-Thahiri bagi kategori Tokoh sepanjang Zaman,

Manakala kategori Tokoh lelaki iaitu anugerah  Umar Al Khotob diterima  Ustaz HJ Abdul Hadi Abul Malik sementara Datuk Hajjah Armani Datuk Hj Mahiruddin menerima anugerah tokoh Saidatina Khatijah  semantara Ustaz Hj Rafaei  Enargi menerima 

Selain persembahan lagu-lagu nasyid majlis terutndi semerakkan dengan ceramah Ilmu dari pendakwah khas yang diundang dri Negara Indonesia.

No comments:

Post a Comment