Monday 13 January 2014

MESYUARAT AJK WANITA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN 18-01-2014 SUSUN AKTIVITI 2014...NORAINI SULONG



Written by Admin
Monday January 13, 2014

 OLEH: CHANG TEN LOY





SANDAKAN:-Pergerakan Wanita  UMNO Bahagian Sandakan akan mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasannya bagi kali kedua pada 18 Januari ini bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Sandakan.

Mesyuarat yang  bermula pada jam 8.30 pagi itu akan dipengerusikan  Noraini Sulong (Gambar) selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO berkenaan

Noraini yang memaklumkan akhbar ini berkata Mesyuarat tersebut bagi menyusun aktiviti pergerakan itu untuk tahun 2014 seterusnya menyediakan gerak kerja awal bagi menghadapi Pilihanraya ke14.

“Pergerakan wanita Umno Sandakan  mahu seluruh ahlinya diperingkat akarumbi mula aktif sejajar arahan Presiden agar kita mempunyai aras Indek Pencapaian Prestasi (KPI)” Katanya

Dalam pada itu.menurut Noraini beliau juga mahu memperkasakan Wanita Barisan Nasional (BN) Sandakan untuk melakukan kaji selidik bagi memastikan pengundi khususnya golongan wanita kembali menyokong BN

Sementara itu selepas  mesyuarat tersebut Noraini bersama  AJK beliau akan menghadiri Majlis penyampaian   bantuan kepada mangsa-mangsa  kebakaran Kampung Bakau.

Menyentuh tentang perlintikan Wartawan veteran Shaimon S Jumadi (gambar) sebagai pegawai peribadinya Noraini berkata ia bertujuan agar semua gerak kerja  Wanita Umno dan Wanita BN Sandakan sampai kepada  masyarakat termasuk golongan wanita professional yang sebahagiannya mempunyai pandangan nagetif terhadap Kerajaan BN.

Wartawan Veteran itu, yang juga adalah Pengarang kanan di media Sosial  Potal Online  Free Sandakan Today.com  katanya mempunyai ramai pengikut di seluruh negeri ini termasuk Sarawak dan Semenanjung melalui tulisannya yang bernas dan menyentuh kepentingan komuniti akar umbi, dan sekarang masyarakat diseluruh Malaysia yang mengikuti dan membaca media alam maya khususnya portal online Free Sandakan today.com sudah mencecah 21,471 dalam tempoh 3 bulan sahaja.





No comments:

Post a Comment