Tuesday 7 January 2014

SUDAH TIGA MINGGU KEBOCORAN TANGKI AIR DI TAMAN MESRA TIDAK DIPERBAIKI...SHAIMON

A

Written by Admin
Tuesday January 7,2014

OLEH: AZMI AZMAN

ELOPURA:- Kebocoran   Tangki Air yang berlaku dan melibatkan   80 peratus di blok bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra  yang sudah hampir  masuk ketiga minggu belum ada apa –apa  sebarang tindakan diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) hingga kehari ini

Tangki air yang diletakan diatas bumbung setelah dibersihkan atau dicuci bukan menambahbaikan tetapi membawa lebih keburukan kerana setiap hari air yang keluar melempa ruah  mengalir ke bawah dianggarkan mahu juga 3,000 leter  bayangkan 80 peratus bangunan blok terlibat sama  dalam insiden ini.

Minggu lalu Ahli Parlimen (DAP) kawasan Sandakan Stephen Wong bersama dengan pegawai-pegawai kanannya telah membuat lawatan  ke kawasan Taman Mesra bagi mrninjau dan mengenal pasti blok-blok bangunan yang terlibat dalam fenomena tersebut.

Kedatangan  Wakil Rakyat Parlimen itu merupakan satu rahmat kepada  sebahagian penduduk-penduduk Taman Mesra kerana sedikit sebanyak dapat meluahkan dan rintihan mereka selama ini kepada MP berkenaan.

 Walaupun Wakil Rakyat pembangkang tidak boleh buat apa-apa hanya mampu menyuarakan ini hati rakyat yang mengeluh selama ini sekurang-kurangnya rakyat nampak sendiri atas keprihatinan pihak pembangkang yang turut bertanggungjawab membela  nasib rakyat dan  ini   merupakan  tugas dan peranannya untuk  membantu rakyat, terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk menilainya

Yang menjadi kemarahan penduduk ialah sikap acuh tak acuh para pegawai MPS yang langsung tidak mengambil peduli apa yang telah berlaku dan menimpa kepada penduduk-penduduk Taman Mesra.

Selain tangki air yang kini menjadi isu panas di kalangan penduduk setempat  bahkan Saliran parit di hadapan dari Blok 1 sehingga Blok 26  bermasalah kerana air dalam parit tersebut tidak dapat mengalir (bertakong) yang sekian lama tidak dibersihkan sekarang nyata telah menjadi ternakan bagi membiak jentik-jentik dan tak lama lagi ramai penduduk Taman Mesra mampus dijangkiti wabak Aedes dan bila ramai yang sudah jadi arwah baru para pemimpin BN dan pihak MPS kelam kabut ambil tindakan drastic.

“Saya sebagai penduduk Taman Mesra sungguh amat kecewa dengan sikap acuh tak acuh para pegawai yang berkenaan nanti kalau kita kritik kerajaan di beri amaran “Kalau Tak Suka dengan Kerajaan BN” disuruh rakyat  keluar dan meninggalkan negara Malaysia” kata Shaimon S Jumadi (gambar) bercakap panjang lebar  bukan selaku  bertindak sebagai wartawan tetapi selaku mewakili penduduk Taman Mesra.
 








 

TUNGGU ramai penduduk Taman Mesra mampus (jadi Arwah)  terkena gigitan  nyamuk Aedes  dan diserang demam denggi berdarah barulah pihak kerajaan bergegas ambil tindakan mungkin ini para pegawai MPS yang mahukan  ...Subhanallah..... 



 Gambar ...sepucuk surat daripada MP Sandakan yang diutuskan  kepada Presiden MPS berhubung dengan permasalahan di kawasan Taman Mesra





No comments:

Post a Comment