Tuesday 7 January 2014

PM BOREK, MENTERI RINTIK ZAHID PATUT SAMBUT HARI JADINYA DENGAN TEMPE,BIUN, KUIH MUIH SAJA .....PAS


Written by Admin
Tueaday 7 Janhuary 2014

OLEH KAMARUL NIZAM AHMAD

KUALA  LUMPUR:- Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar)  mengutuk  Majlis Sambutan Hari Jadi  Menteri Dalam Negeri  yang dilaporkan diadakan begitu mewah di kala rakyat disarankan menjalani kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.

Katanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya  menyambut hari jadinya bersama cucunya dengan jamuan bihun, kuih muih, temped an rempeyek saja ini sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat jelata di negara ini berjimat cermat

Mahfuz menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan pemotongan 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11 langkah penjimatan mengurangkan perbelanjaan sektor awam.

Beliau mempersoalkan mengapa menteri itu mengadakan sambutan majlis hari jadi yang begitu mewah walhal Ahmad Zahid boleh mengadakan jamuan sederhana di rumah yang dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat umum.

"Saya amat terkejut apabila membaca berita berkenaan sehingga menimbulkan satu tanda tanya dari manakah sumber kewangan yang diperoleh untuk membiayai sambutan tersebut.

"Biarpun difahamkan ia adalah sambutan hari jadi yang dibuat sekali bersama cucunya namun kenapa tidak dibuat di rumah bersama keluarga, antara atuk dan cucu dengan hanya dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih. Saya rasa itu sudah mencukupi," katanya kepada media.

No comments:

Post a Comment