Monday 27 January 2014

KEROSAKAN JALAN RANCANGAN SUNGEI MANILA MENIMBULKAN KEMARAHAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT




Written by Admin
Monday January 27, 2014-01-27

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO CHANG TEN LOI

SUNGEI SIBUGA:-  Kerosakan beberapa batang jalan yang terletak bermula dilaluan sepanjang ke Pekan Muhibbah Sungei Manila khususnya di bulatan Kompleks Penyayang Taman Cahaya dan Masjid Raya Seri Aman sehingga menuju ke Pusat Kesihatan telah menggamit keserahan dan kemarahan bukan alang kepalang kepada kerajaan.



Krew Portal Online Free Sandakan Today.com telah membuat tinjauan sebaik saja menerima banyak aduan daripada penduduk-penduduk setempat  dan sempat merakam gambar jalan-jalan  yang mengalami kerosakan tersebut

 
Menurut beberapa penduduk mendakwa  disebabkan kerosakan jalan tersebut yang begitu kritikel  bagi kenderaan kecil  yang  jalan melalui jalan tersebut   kerap terkandas kerana beberapa lubang yang terdapat dipermukaan atas jalan raya  itu  sedalam  satu kaki ia boleh menternak ikan pirana atau ikan keli.

 
Penduduk Sungei Manila mula mempersoalkan  menegenai kerosakan jalan tersebut dimana ghaibnya kontraktor yang  dilantik oleh kerajaan iaitu itu seperti Kekal Mewa, Globinaco dan Gema Light yang bertanggungjawab bagi melaksanakan kerja-kerja menyenggelaraan jalan tersebut kenapa tidak menjelma


Sedangkan kerosakan jalan-jalan yang dimaksudkan itu bukan ketika musim tengkujuh  tetapi  sepanjang waktu ini semuanya berpunca selagi ada traller menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama mengangkut  buah kelapa sawit lebih muatan maka jalan-jalan  tersebut akan mengalami kerosakan.



Free Sandakan Today  mencadangkan sebelum datang Wartawan TV3 iaitu Wartawan Panas dan Sensasi ke Sungai Manila Karam Singh Vallia  untuk membuat liputan media ada baiknya buatlah jalan  tersebut sebab bila sudah terdedah di kaca-kaca TV ini merupakan satu tamparan yang bertubi-tubi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus jadi isu besar kepada parti-parti pembangkang untuk menghentam segala kelemahan kerajaan yang ada sekarang jadi perkara ini jangan dipandang ringan nanti buruk padahnya.


No comments:

Post a Comment