Thursday 16 January 2014

SELURUH RAKYAT MISKIN TEGAR DI NEGARA INI SOKONG 100 PERATUS TINDAKAN KERAJAAN MENAIKAN HARGA BARANG...CAPS



Written by Admin
Thursday January  16, 2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI

FOTO: SAFFIE S JUMADI

  
SANDAKAN:- Pihak Pertubuhan Hal Ehwal Perlindungan dan Pengguna Sabah  (CAPS)  menyambut baik terhadap tindakan dan usaha  kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikan harga barang-barang keperluan melambung tinggi   harus disokong oleh seluruh rakyat di negara ini terutama sekali golongan miskin tegar.



Pengerusi CAPS Bahagian Sandakan Hj Ali Ahmad  (gambar) yang ditemui oleh  Free Sandakan Today.com pagi tadi ketika diminta pandangannya mengenai langkah kerajaan BN menaikan harga barangan nisbah  90 peratus.



“Bagi kita rakyat di negara ini tidak menjadi masalah ataupun satu bebanan kerana sejak Barisan Nasional (BN) diberi mandate oleh  rakyat untuk memerintah negara ini penghidupan rakyat di negara ini semakin baik dan 80 peratus telah mendapat kesenangan dan ada yang sudah bergelar  kelongmerad (jutawan) ini satu-satu kerajaan BN yang benar-benar  baik sebab membantu rakyat, siapa bilang rakyat di negara ini miskin dan melarat atau gembel ?” Tegas Ali.
 

Katanya lagi kenaikan harga barangan keperluan harian walaupun mahal bagi masyarakat Malaysia masih murah dan tindakan kerajaan harus dipuji kerana ini satu rahmat kepada rakyat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak  bila mana  menikmati kenaikan harga melambung tinggi.

 

Tambah Ali lagi dengan kenaikan harga barang walaupun diluar kemampuan rakyat itu bukan persoalannya yang penting biar kerajaan kaya mendapat  hasil daripada cukai-cukai  jualan ini akan menambah dana kerajaan soal rakyat menderita, kah mampus kebuluran, miskin jangan ambil kisah sangat yang penting dan diutamakan bagi dahulu kesenangan dan keistimewaan kepada kroni-kroni para pemimpin kanan kerajaan khususnya penyokong setia kerajaan itu yang diambil kira terlebih dahulu.



“Jangan hiraukan rakyat menderita mati kah hidup sebab mereka bukan penyokong kerajaan BN biar mereka mampus kebuluran bagi kesenangan  dahulu kepada para penyokong setia UMNO/BN sebab terbukti 90 peratus para penyokong BN di negara ini semuanya hidup dalam serbi kemewaan apa saja mereka mahu diberikan semuanya.

  

“Bukan itu saja   saya juga menyokong cadangan paling terbaik Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan DatuK Zaitun Mat yang meminta kerajaan membuat undang-undang baru mengenai rakyat di negara ini yang tidak menyokong kerajaan BN supaya perlu diusir keluar untuk meninggalkan negara ini dan ini juga  merupakan satu cadangan baik saya syorkan semua para penyokong BN/UMNO diminta sokong cadangan ini demi kebaikan semua rakyat jika tiada parti-parti pembangkan di negara ini keistimewaan kepada para pemimpin kerajaan B/UMNO untuk buat apa saja sesuka hati mereka kerana tiada lagi yang menyalak atau membangkang kehendak-kehendak  ” ujarnya



Dan jika ada undang-undang sedemikian dilaksanakan tambah Ali lagi  dikenakan  kepada rakyat lantas tiada rakyat lagi di negara ini   yang  coba berani menentang dasar-dasar kerajaan BN sama ada betul atau songsang teruskan saja demi kepuasan.



Ditanya mengenai tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bakal mengenai caj pakir di kawasan-kawasan tertentu ini juga satu cadangan paling denamik harus disokong oleh semua pihak ini jelas menjurus untuk menambah dana pihak MPS dan kerajaan.



Saya cadangkan parking yang berwana hijau di hadapan mana-mana bangunan Bank buat masa ini satu jam RM5,00 hendaklah dinaikan kadar cajnya satu jam RM9.00 mana kala parking berwarna merah dinaikan satu jam RM5,00.00 dan warna kuning RM3,00 hapuskan system cukai yang berjumla RM.030 atau RM.050 sen buat kacau saja.




Soal rakyat marah terutama sekali kaum cina di Sandakan ini memang 100 peratus tidak sokong kerajaan BN biarkan, ini juga satu perbuatan paling bagus sekurang-kurangnya pada PRU 14 nanti DUN Karamunting, Tg Papat dan DUN Elopura  jatuh ketangan  pembangkang termasuk kawasan Parlimen terus dimiliki DAP inilah  satu penantian yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata.



Ali berkata cadangan yang paling baik tubuhkan kerajaan Kangkong ini juga merupakan satu alternative terbaik untuk rakyat  di negara ini" Hidup Kangkong”HIDUP BN"





 












No comments:

Post a Comment