Tuesday 14 January 2014

MPS SUDAH SEDIAKAN 159 LOT UNTUK GERAI PASAR MALAM DINI HARI (UP TOWN) HAMSAN



Written by Admin
Tuesday Janyary 14, 2014

OLEH: CHANG TEN LOY
 
Coastal Highway bakal dijadikan Pasar Malam Diri Hari (Up Town)



 



SANDAKAN: Cuma 72 lot sudah dipohon berbanding 159 lot yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) masih berbaki 87 lot yang boleh dipohon  oleh peniaga  yang ingin berniaga di Pasar Malam Dini Hari (UpTown).

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden MPS, Tuan Hj Mohd Hamsan Hj Awang Supain kepada Wartawan Portal Free SWandakan Today.com kelmarin berhubung majlis pelancaran Pasar Dini pada 24 Januari depan di Coastal Highway Bandar Sandakan.

Katanya, Selepas dirancang pada tahun 2012 termasuk melakukan lawatan sambil belajar Ahli-Ahli Majlis bagi penelitian terhadap konsep operasi pasar berkenaan di Ceras, akhirnya MPS dapat merealisasikan kewujudan Pasar Dini Hari di Bandar ini.

“Kita telah memilih coastal Highway.berhampiran KD Seri Sandakan sebagai lokasi operasi pasar malam ini dengan jumlah 159 lot untuk disewa oleh orang ramai dan terbuka untuk warganegara sahaja di negeri ini,”

“Kita juga akan mempertimbangkan peniaga-peniaga dari daerah lain jika mereka berminat untuk memasarkan produk-produk mereka terutamanya  yang disukai pelancong “Katanya
 
Katanya MPS telah menetapkan koata terhadap lot-lot tersebut bagai memberikan peluang kepada kelompok tertentu supaya berbagai pihak mendapat peluangberniaga antaranya  10 peratus lot di peruntukan kepada NGO Beliadan 10 peratus juga disediaka nuntuk komuniti yang berdaftar dengan E-Kasih.

Malah menurut Hamsan, pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudahpun memohon beberapa lot bagi diagihkan kepada peserta mereka.
  
“Konsep pasar Dini hari ini ialah semua peniaga mesti mempamerkan produk mereka berkualiti dan tidak melanggar undang-undang Negara, umpamanya barang-barang yang mungkin di bawa masuk secara tidak sah .penguatkuasa kita dengan kerjasama agensi lain akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada mereka yang terbabit melakukan  sebarang kesalahan yang berkaitan kes penyeludupan.

“ Untuk mereka yang berniaga makanan, kita tidak membenarkan melakukan aktiviti memasak kecuali mereka telah menyediakan masakan yang sudah dimasak  dari rumah ini bagi memberikan keselesaan kepada persekitaran lokasi perniagaan tidak dicemari oleh asap”katanya

Dalam pada itu  kata Hamsan ,beberapa lot juga disediakan untuk jual pamer aksoseri kereta dan Motorsikal bagi membolehkan peminat kereta dan motorsikal mendapatkan aksesori yang dikehendaki.

Menyentuh Pengurusan dan pentadbiran pasar Dini hari berkenaan 
Hamsan  menjelaskan  MPS tidak terlibat secara langsung ini kerana operasinya telah diswastakan kepada sebuah syarikat usaha sama dengan anak jati Sandakan

Bagaimanpun katanya MPS tidak akan terlibat secara langsung dalam mengurus tadbir operasi Pasar Dini Hari kerana ianya telah diswastakan kepada sebuah syarikat usahasama anak Sandakan iaitu Syarikat MekarMewah.

“Pihak operator akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengendalian  pasar ini termasuk menyediakan kanopi dan lampu dimana peniaga hanya  menyediakan peralatan  yang mereka perlukan seperti meja dan kerusi masing-masing”

“Dari segi penyewaan , pihak MPS hanya melakukan caj lesen perniagaan sebanyak RM30.00 sebulan ,manakala caj sewa lot pihak operator diberikan kuasa menetapkan nilai sewa siling tidak lebih RM300.00 dengan waktu berniaga 12 kali sebulan yang bermakna setiap penyewa hanya dikenakan sewa siling sebanyak RM18.00 sekali berniaga dimana segala kemudahan asaa seperti lampu dan kanopi disediakan oleh  operator”Katanya.

Pihak MPS juga telah menetapkan waktu operasi iaitu pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad,dalam pada itu katanya keistimewaan pada hari ahad orang ramai boleh bersantai bersama keluarga bermula dari waktu pagi di pasar minggu dan kemudiannya di Pasar Dini hari di waktu malam.

Sementara itu konsep sama juga akan dilaksanakan di pasar malam (Uptown) di Bandar Lee Tat yang mana kata Hamsan ,MPS sudah pun meluluskan permohonan sebuah Syarikat tempatan yang lain untuk menjadi operator pasar malam berkenaan.

“Pasar malam di Bandar Leet Tat konsepnya sama seperti di Pasar Dini hari di mana operoter menyediakan semua peralatan asas iaitu kanopi dan lampu serta caj sewa yang sama cuma yang berbeza adalah waktu operasinya iaitu di bandar Lee Tat pada hari Isnin, Selasa dan Rabu”

“Malah kita sedang berbincang dengan kedua-dua operator terbabit supaya mengambil peserta dari peniaga yang sudah memohon di lokasi berkenaan, bagi membolehkan peniaga-peniaga terbabit berniaga sepanjang waktu iaitu 24 hari sebulan untuk dua lokasi berkenaan”Katanya

Menyentuh majlis pelancaran Pasar Dini  24 Januari ini, Hamsan yang juga pengerusi jawatankuasa pelancaran itu berkata, majlis itu mempunyai dua matlamat utama iaitu memulakan operasi pasar Dini tersebut dan sebagai pelancaran kecil bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Pada majlis itu kita akan mengadakan persembahan kebudayaan yang berasaskan kesenian dan budaya masyarakat berbilang kaum daerah Sandakan serta pihak operator  juga menaja bagi kehadiran beberapa Artis polular Tanah Air termasuk  Artis Tempatan.”

“Disamping itu kita juga sudah memaklumkan kepada pengusaha pelancongan agar mereka boleh memberikan altenetif kepada pelancong luar untuk bersantai dan membeli belah di pasar Dini hari ini,kita mahu lokasi-lokasi pasar malam di daerah ini menjadi tarikan pelancongan dalam dan luar Negara di masa depan”Katanya

Justeru beliau menyarankan agar peniaga-peniaga kecil yang berminat boleh memohon untuk menyewa lot-lot di kedua lokasi terbabit yang masih lagi ada kekosongan .

Dalam pada itu MPS sentiasa merancang pembangunan infrastuktur asas kecil bagi menyediakan ruang dan peluang perniagaan kepada masyarakat setempat dan luar daerah yang mahu berniaga di kawasan Pihak berkuasaTempatan (PBT) Sandakan khusus Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)

Akhbar Free Sandakan Today.com  (FST)  ini juga dimaklumkan bahawa MPS sudahpun meluluskan peruntukan untuk menaik taraf gerai makan malam yang berhampiran Pejabat Pos Besar Sandakan  agar lebih menarik untuk dikunjungi orang ramai lebih-lebih lainnya berhampiran dengan lokasi Pasar Dini Hari di Coastal Highway.

Sementara itu juga masyarakat pengunjung Sandakan Bandaraya Alam Semula jadi juga bakal mempunyai lokasi riadah sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan sebuah Taman rekreasi batu 2 siap dibina yang sebelum ini digunakan sebagai ternial bas luar daerah dan padang.




No comments:

Post a Comment