Thursday 9 January 2014

KERAJAAN TERUS MEMBELA RAKYATNYA YANG DITIMPA MUSIBBAH AMPONG PUYON



Written by Admin
Thursday January 09, 2014

OLEH: SHAIMON  S JUMADI
FOTO MOHD HJ UTUNG (CDO)

ELOPURA:- Rakyat yang mendapat bencana  dan ditimpa musibbah seperti tragedy kebakaran seperti yang berlaku di Kampung Bakau baru-baru ini mereka tidak akan terpinggir untuk mendapat pembelaan daripada para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) keseluruhanya.

Ini adalah dasar kerajaan BN yang telah diberi mandat semula oleh rakyat menerusi PRU 13 lalu terus memainkan peranannya ke arah membela nasib rakyat dalam pelbagai aspek apa tak lagi mereka yang ditimpa musibbah terus terbela.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon berkata kepada wartawan Portal Free Sandakan Today.com sejurus selepas memberikan bantuan kepada 25 keluarga mangsa kebakaran di sini kelmarin.
  
Kata Ampong  pihaknya akan berusaha untuk mencari kediaman baru bagi menempatkan semula mangsa-mangsa terbabit dalam tragedy berkenaan.

“Apa yang berlaku ini semuanya takdir Illahi dan ini semuanya ada hekmah disebaliknya dan saya berharap para mangsa yang tinggal helai sepinggang harus bersabar dan bertakwakal kepada Allah” ujarnya.

Kebakaran yang berlaku baru-baru ini yang membabitkan 14 buah dan melibatkan 25 keluarga semuanya warga tempatan  dan berpunca kebakaran  menurut pegawai  Perkhidmatan dan Penyelamat Bomba adalah daripada soket elektrik.

Dalam kedian tersebut tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta taksiran kerugian masih dalam siasatan lanjut.

Pada hari Sabtu ini pada tanggal 11 Januari 2014 Wanita UMNO Bahagian Sandakan akan turut sama  memberi sumbangan dan bantuan  kepada mangsa-mangsa  kebakaran tersebut.
  
Pegawai Akhbar pribadi  kepada Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong iaitu Saimon S Jumadi telah dimaklumkan mengenai program tersebut tetapi Noraini tak dapat hadir pada masa itu  kerana beliau kini berada diluar Sabah dan Naib Ketua Wanitanya iaitu Puan Sharifah Jaliha akan menyampaikan sumbangan tersebut kepada mangsa-mangsa berkenaan bagi mewakili Noraini.

No comments:

Post a Comment