Sunday 5 January 2014

MANGSA KEBAKARAN KG BAKAU AKAN DAPAT PEMBELAAN DARIPADA KERAJAAN ...AU KAM WAH

Written by Admin
Sunday January 05, 2014

OLEH: SHAIMON S JUAMDI
FOTO MOHD HJ UTONG (CDO ELOPURA)

ELOPURA:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah bersama pegawai-pegawainya daripada Unit  Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Elopura turut melawat ke tempat tragedi kebakaran di Kampung Bakau Batu 2 Jalan Utara dekat sini pagi tadi setelah beliau dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Katanya semua mangsa kebakaran akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak Majlis Perbandaran  Sandakan untuk merekodkan nama-nama mangsa berkenaan bagi mendapat bantuan yang sewajarnya.

Katanya sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat beliau  turut bertanggungjawab mengenai masalah tersebut dan akan mengarahkan kepada pegawai-pegawainya  untuk mengenal pasti mangsa-mangsa kebakaran berkenaan agar tidak ketinggalan bagi mendapatkan bantuan khususnya daripada jabatan-jabatan berkenaan.

 "Saya amat simpati terhadap semua mangsa kebakaran yang hanya tinggal sehelai sepinggang dan diharap mereka bersabar mengenai tragidy yang telah menimpa mereka dan ini merupaka  satu suratan takdir yang ditentukan  segala-galanya.

Free Sandakan Today di fahamkan sebahagian mangsa kebakaran tinggal di Masjid Kampung Baru batu 2 untuk sementara saja dan selebihnya mereka menumpang di rumah-rumah keluarga masing-masing.

Kebakaran yang bermula pada jam 3.40 pagi telah memusnahkan sebanyak 14 buah rumah kayu yang berusia lebih kurang 35 tahun dan 30 keuarga tinggal sehelai sepinggang dan mereka tidak dapat mengambil harta benda mereka kerana api terlalu pantas merebak kesebelah rumah yang lain.

Menurut Pegawai Bomba punca kebakaran adalah disebabkan soket elektrik dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


1 comment: