Sunday 26 January 2014

WANITA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN ANJUR MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI DI KG FOREST....NORAINI



Written by Admin
Sunday 26 January 2014

 OLEH: AZMI AZMAN

ELOPURA:- Majlis  Berkhatan beramai-ramai kanak-kanak penduduk Kampung Forest  dekat sini di bawah umur 7 hingga 12 tahun akan diadakan pada 1hb Februari 2014.



Majlis tersebut yang membabitkan seramai 40 orang  itu adalah anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian  Sandakan dengan kerjasama masyarakat kampung Forest.



Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Norain Sulong (gambar) berkata  kepada Pegawai Akhbar pribadinya yang merupakan Wartawan Kannan Free Sandakan Today.com sebentar tadi.



Kata Noraini majlis berkhatan beramai-ramai itu memang sudah jadi SATU  budaya di kalangan penduduk Islam setempat  yang bertujuan selain mengiratkan siratulrahim ia juga untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh para ibubapa terutama sekali mereka yang kurang berkemampuan.



Majlis tersebut akan  diadakan di Majlis Kampung Forest dan penduduk kampung yang berdekatan   diminta hadir bagi menyemarakan lagi suasana majlis yang julung-julung kali diadakan di kampung tersebut.
 
Gambar khiasan...
Norani  Sulong  kelihatan sedang menyempurnakan majlis Berkhatan dan Berkhatam Al-Quran anjuran KAFA pada Disember 2013 di Masjid  Daerah Sandakan

No comments:

Post a Comment