Sunday 22 December 2013

SATU-SATUNYA BUMIPUTERA BERJAYA MEMBUKA KEDAI TAYAR KERETA EMPAT PINTU



Written By Admin
Sunday 22 December 2013   
(RUANG BUSNIS HARI INI)

 





SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI



DALAM Ruang Busnis Hari (RBI) terbitan Portal Online Free Sandakan Today. Com saya akan menyelongkar sedikit sebanyak tentang kejayaan yang telah dicapai dan merupakan satu-satunya anak bangsa Melayu (Bumiputera) yang telah berjaya dalam menceburi  dalam lapangan dunia perniagaan yang amat dibanggakan dan boleh dijadikan contoh dan teladan oleh kaum bumitera di Daerah Sandakan.

Bidang apa saja yang diceburi jika dibuat bersungguh-sugguh pastinya menemui jalan kejayaan gilang gemilang.

Dalam menempuhi satu-satu kejayaan bukan semudah yang kita fikirkan terpaksa melalui pelbagai cabaran dan rintangan  terlebih dahulu dan  berani menghadapi pelbagai masalah tidak mudah putus asa tidak mudah kecewa  ini adalah kunci kejayaan seseorang itu.
 
Inilah yang dijelaskan sendiri oleh seorang surirumah tangga berumur dalam lingkunan 37 tahun  yang hanya  dikenali Hajah  Ratnawati binti Ibrahim seorang pemilik kedai menjual tayar dan barang-barang keperluan kereta dalam sesi wawancara eksklusif dengan Wartawan Kanan Free Sandakan Today.com malam tadi.
 
“Saya membuka perniagaan menjual tayar pada tahun 2007 bermodalkan RM10,000 itupun menempel kedai orang tetapi dengan berkat kesabaran dan sambutan yang menggalakan  daripada pelanggan akhirnya kami berpindah disebuah primes yang agak besar sedikit iaitu di Bandar Labuk dan bermodalkan sebanyak RM40,000 ribu dan kemudian mendapat bantuan pinjaman dari salah satu bank di sini sebanyak R200 ribu sebagai modal tambahan untuk membesarkan lagi perniagaan kami” kata Ratnawati.

Dengan hasil ketekunan dan bekerja keras bagi menjalankan urus perniagaannya  Hjh Ratnawati dan dibantu oleh suaminya Mohamad  Sala telah  berjaya melangkah kesetapak  kedepan untuk membuka lagi  perniagaannya  di Bandar Ramai-Ramai dengan bermodalkan RM100 ribu inipun hasil bantuan bank yang sama  memberikan pinjaman untuk modal pusingan.

Semakin hari perniagaannya semakin  meningkat  berkembang maju dan membuah hasil yang lumayan dan baru beberapa hari lalu mereka telah membeli sebuah kedai yang teletak  di Bandar Kim Fung  KM 7.8 Jalan Utara kedai ini asalnya milik bangsa cina nama kedai tesebut ialah Perkhidmatan Tayar Kim Fung Tyres  dengan harga RM350 ribu yang dilengkapi pelbagai peralatan seperti mesin  pembuka tayar dan lain-lain seperti tayar, bateri, reem dan lain-lain peralatan yang ada kaitan dengan keperluan  servis kereta.

Sebagai wartawan saya berpendapat inilah satu-satunya bangsa Bumiputera di Sandakan yang berjaya membuka perniagaan kedai menjual tayar kereta  hingga empat pintu kedai.


Kejayaan mereka suami isteri yang mengendalikan keempat empat syarikatnya boleh dibanggakan memang jarang-jarang orang bumiputera seperti Hjh  Ratnahwati dan Mohamed berani membuka  perniagaan seumpama ini yang  tidak pernah diceburi  oleh mana-mana kaum bumiputera.

“Saya merayu kepada kaum bumiputera di daerah Sandakan agar dapat menyokong perniagaan kami dan datanglah kekedai kami  Syarikat Pelayaran Kim Fung yang berhampiran untuk mendapatkan perkhidmatan disamping membeli barang-barang yang ada dijual diprimes kami dengan harga yang berpatutan” rayu Hjh Ratnawati.



8 comments:

  1. TANIAH DAN SYABAS ! KEPADA PUAN SERTA SUAMI ATAS USAHA KEMAJUAN INI SEMOGA
    IANYA BOLIH JADI PEMANGKIN KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA SANDAKAN.

    -Abg Mohd Jorgy - Pengerusi Perhubungan,Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Sandakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Satu-Satunya Bumiputera Berjaya Membuka Kedai Tayar Kereta Empat Pintu >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Satu-Satunya Bumiputera Berjaya Membuka Kedai Tayar Kereta Empat Pintu >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Satu-Satunya Bumiputera Berjaya Membuka Kedai Tayar Kereta Empat Pintu >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK Iz

      Delete
  2. Tahniah. Saya selalu ke kedai anda

    ReplyDelete
  3. assalam...sy baru je buka kedai alignment dan tukar alat ganti..cuma sekarang sy keliru untuk mencari supplier alat ganti tayar dan rim..

    ReplyDelete
  4. Terbaek suami isteri maju kan bisnes bersama 2... Murah Rezeki.. Amin2..

    ReplyDelete
  5. sy nk mulakan bengkel motor.sy tgh cari mesin buka tayar.klu ade pm sy 01135701412.area alor gajah melaka

    ReplyDelete
  6. Hari tu ada datang mau beli rim ,saiz proton iriz tak ada tapi tak apa semoga maju jaya

    ReplyDelete
  7. Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Satu-Satunya Bumiputera Berjaya Membuka Kedai Tayar Kereta Empat Pintu >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Satu-Satunya Bumiputera Berjaya Membuka Kedai Tayar Kereta Empat Pintu >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Satu-Satunya Bumiputera Berjaya Membuka Kedai Tayar Kereta Empat Pintu >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK jS

    ReplyDelete