Friday 13 December 2013

MOHON ADUN SEKONG DAN MP BATU SAPI SELESAIKAN SEGERA MASALAH JALAN BATU SAPI....CAPS ALI AHMAD




Written By Admin
Friday 13 December 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Kerosakan Jalan Baru Sapi yang semakin kritikel  telah menjadi masalah besar kepada pengguna-pengguna Jalan Raya setempat kerana jalan yang berlubang-lubang itu sukar untuk dilalui oleh kenderaan kecil

Tambahan lagi sekarang ini musim tengkuju hujan tidak sampai 20 minit 70 peratus permukaan  jalan yang berlubang di sana sini bukan saja ditakongi air bahkan dilanda banjir kilat.

Pengerusi Pertubuhan dan Perlindungan Pengguna (CAPS) Bahagian Sandakan Hj Ali Ahmad  (Foto) menjelaskan pihaknya banyak menerima aduan daripada seluruh penduduk-penduduk berkenaan mendakwa jalan yang ada sekarang semakin krtikel sukar untuk dilalui oleh kenderaan.


“Saya meminta jasa baik Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tshen Thau Lin dan ADUN Sekong Datuk Hj  Samsudin Yahya  agar mengambil inisiatif bagi menyelesaikan keadaan jalan tersebut yang menjadi isu hangat di kalangan rakyat di Batu Sapi.

“Saya faham projek ini bukan di bawah peruntukan ADUN atau MP ini adalah projek perutukkan persekutuan  yang membabitkan kos RM26 juta jadi saya merayu jangan persalahkan kedua-dua  Wakil Rakyat ini merekapun sudah berusaha sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan keadaan masalah jalan tersebut” ujar Ali

No comments:

Post a Comment