Tuesday 31 December 2013

RAKYAT YANG TAK SOKONG BN SURUH KELUAR MALAYSIA KENAPA MALAYSIA INI UMNO/BN PUNYA KAH?....MUSAH GHANI




Written by Admin
Tuesday December 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI

LIBARAN:- Naib Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kawasan Libaran Musah Ghani (gambar) turut menyelar kenyataan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan  Datuk Zaitun Mat yang mendesak kepada rakyat di negara ini yang tidak menyokong kerajaan Barisan  Nasional (BN) diminta dengan segala hormatnya keluar dan meninggalkan negara ini dengan seberapa segera yang boleh.

Kenyataan Zaitun seumpama ini macam seorang pemimpin tidak waras cakap main lepas dan sedap mulut saja, saya cabar Zaitun buat aduan suruh polis  tangkap semua para penyokong pembangkang yang ada di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak  yang tidak menyokong kerajaan BN gunakan kuasa betto atau gunakan kuasa kekerasan halau semua rakyat  di negara yang anti dengan BN” ujar  Musah yang menyokong kenyataan Ahli Parlimen  Ampang Zuraidah Kamaruddin yang membidas kenyataan Zaitun seperti yang tersiar di portal Free Sandakan Today.com pada 30 Disember 2013 bertajuk” Kerajaan BN/UMNO Akan Usir Penyokong DAP,PKR dan PAS Keluar Dari Malaysia Kerana Tidak Menyokong Kerajaan BN...Zaitun UMNO.
  
Kata Musah kenyataan yang dibuat oleh Zaitun memang sudah keterluan kerana seolah-olah negara Malaysia UMNO/BN yang punya jadi para penyokong pebangkang seperti DAP,PAS dan PKR tiada hak dan dimenganggap mereka hanya menumpang.

“Saya  cabar mana-mana ahli UMNO dan BN di negara ini supaya membuat surat rasmi kepada ROS desak supaya membatalkan sijil pendaftaran parti mereka ini jalan terbaik supaya di negara ini tidak mempunyai parti pembangkang kalau mereka mahu buat apa saja tiada sesiapa yang melarang nak besarkan amalan rasuah, nak menindas rakyat nak menembak rakyat buah saja sebab tiada sesiapa yang membantah kalau ada parti pembangkang memang susah mereka tak bebas melakukan apa saja yang mereka suka siapa nak membantah polis, SPRM SPR  dan Hakim BN/UMNO  yang punya mereka kontrol

“Bagi pandangan saya bagus juga Zaitun cakap macam itu rakyat tak sokong BN keluar dari Malaysia kerana perbuatan Zaitun ini akan membawa padah dan kehancuran BN sebab rakyat daripada kaum Cina, India, termasuk Iban, Dayak, Kadazan Dusun dan  Murut yang tidak berminat dengan BN 90 peratus  tentu marah” tambahnya.


Ini terbukti kata Musah bilamana Presiden PERKASA Ibrahim Ali menyuruh membakar gereja, membakar bible maki hamun orang cina dan India sedangkan perbuatannya itu boleh mencetus hura hara dan ketegangan kaum namun  tiada sebarang tindakan diambil main biar saja sekali pilihanraya kesannya kena kepada parti-parti komponen BN, MCA, MIC dan GERAKAN sebab mereka takut untuk menyuarakan beberapa banyak parti-parti komponen BN kehilangan kerusi pada PRU 13 lalu.





No comments:

Post a Comment