Saturday 14 December 2013

WANITA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN MENGORAK LANGKAH KEDEPAN UNTUK AKTIVITI 2014....NORAINI SULONG





Written By Admin

Saturday   December 14, 2013

OLEH: AZMIN AZMAN
FOTO NURUL JANNAH HAMID DARWIS

SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan sedang  mengorak langkah  kehadapan bagi merealisasikan aktiviti-aktivitinya untuk tahun 2014.

Sebagai memenuhi amanat daripada Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon  bermula tahun depan (2014)  sama ada Bahagian, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Puteri UMNO Bahagian telah diarah sebulan sekali mestilah mengadakan  mesyuarat bulanan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian itu Noraini Sulong memberitahu kepada  beberapa ahli-ahli Wanita UMNO  dalam satu sesi perjumpaan  tidak rasmi petang kelmarin di salah sebuah restoran di sini.

“Sebagai memenui arahan pemimpin nombor satu di Bahagian ini khususnya Ketua Bahagian saya terpaksa memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan saya juga akan mengarahkan kepada Setiausaha Wanita  Bahagian untuk mengeluarkan surat perkeliling bagi memaklumkan kepada seluruh ketua-ketua Wanita diperingkat cawanan mengenai mesyuarat tersbeut”ujarnya.

Menjawab soalan daripada Pegawai Akhbar Pribadinya mengenai langkah Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang mengikhtirafkan Pergerakan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang kepada UMNO Noraini menyifatkan satu penghargaan yang tidak ternilai harga yang diberikan oleh 

Presiden UMNO terhadap  tanggungjawab dan peranan Wanita dalam mengembling tenaga dalam sama-sama berjuang di dalam UMNO.

Selain itu Noraini juga menyeru kepada semua Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Sandakan supaya sentiasa menanam jati diri  dan nilai-nilai murni bagi menyuntik semangat  tolaransi  menwujudkan perpaduan dan kerjasama yang lebih intim antara satu sama lain demi menjamin kesejahteraan dalam perjuangan UMNO selari dengan transformasi parti UMNO.

Sejurus selepas mengadakan perbincagan lebih kurang dua jam itu Norani menyerahkan Surat Perlantikan   bagi jawatan Pegawai Akhbar  kepada SSJ


No comments:

Post a Comment