Tuesday 17 December 2013

NAMA NORAINI SULONG I KETUA WANITA UMNO SANDAKAN SEMAKIN MELONJAK DIPERSADA POLITIK TANAH AIR



Written By Admin
Tuesday December 17,2013-12-17

 

KUPASAN DARI MEJA WARTAWAN KANAN
ISAAC WONG KAH KIET

KEPIMPINAN Noraini Sulong sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan bukan sekadar diterima oleh masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO hingga  keperingkat akar umbi bahkan  semakin menyerla.

Ini jelas banyak program dan pelbagai acara tidak putus-putus pihak penganjur menjemput Noraini untuk merasmikan walaupun program itu diluar kawasan Sandakan masih ada pihak penganjur yang memerlukan khidmat bakti Noraini.

Saya berani mengatakan kepimpnan Noraini Sulong sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan boleh dikategorikan pemimpin paling top atau  pemimpin nombor 1 berbanding dengan pemimpin-pemimpin wanita UMNO yang ada di beberapa kawasan ini.

Menurut sumber-sumber yang tidak rasmi kenapa pihak penganjur suka menjemput Noraini Sulong untuk merasmikan satu-satu program kononnya Noraini seorang saja sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang mempunyai Pegawai Akhbar pribadinya yang juga selaku Pengarang Portal Free Sandakan Today.com yang berpengalaman selama 35 tahun dalam bidang kerjaya sebagai wartawan tanah air.

Dengan pembabitan Pegawai Akhbar Pribadinya yang dibawa kehulu kehilir begitu mudah sebarang aktiviti dan program yang dirasmikan oleh Noraini senang disiarkan di mana mana media tidak paya lagi memanggil lain-lain wartawan buat coverage.
 
Sebagai wartawan walaupun baru berkecimpung setahun jagung bila melihat senario ini rasanya tidak rugi  dan tepat pada tempatnya melantik boss saya Shaimon S Jumadi sebagai Pegawai Aklhbar pribadinya kerana sekaligus terus dapat menaikan nama Noraini melonjak dipersada politik tanah air khasnya di Sandakan

Gandingan mantap  antara Noraini Sulong sebagai pemimpin politik dan Shaimon S Jumadi seorang wartawan sensasi yang paling popular bukan saja di Sandakan bahkan diseluruh pelusuk negeri Sabah mengenali SSJ yang sedikit masa dulu pernah mendapat geleran sebagai Karam Sign Valia.

Perwatakan peramah yang tidak memilih kawan yang ada pada diri Noraini Sulong  masyarakat semakin sayang dan disukai ramai orang.

Mudah-mudahan Kak Noraini terus beroleh kajayaan dalam menerajui kepimpinan Wanita UMNO Sandakan yang sememangnya mereka mahukan  pemimpin  bersifat seperti  Noraini ini.

Sentara  Boss Shaimon tidak rasa bosan dan jemu untuk terus membantu kepada kak Noraini untuk membuat sebaran dan liputan media  mengenai pergerakanya dari masa kesesama di media khususnya Free Sandakan Today.com  kerana nama Noraini Sulong dengan Shaimon S Jumadi
memang dah senonim dikenali 90 peratus masyarakat Sandakan.







No comments:

Post a Comment