Thursday 19 December 2013

80 MURID SEKOLAH RENDAH ZON ELOPURA-TG PAPAT AKAN MENERIMA SUMBANGAN BEG SEKOLAH....NORAINI



 Written by Admin
Khamis  19 Disember 2013

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Program  Kembali Ke Sekolah 2014 (Back To School)  anjuran bersama JASA Negeri Sabah dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan akan diadakan   di Ballroom Amedeus Sabah Hotel pada 21 Desimber ini.

Program yang diadakan bermula dari jam 8.00 pagi dijanka akan disempornakan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon.

Bercakap kepada Wartawan Free Sandakan Today.com petang tadi   Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong  antara lain menjelaskan tujuan  program tersebut adalah untuk mengagih-agihkan 80 beg sekolah yang membabitkan seramai 80 murid sekolah rendah  dari tahun satu hingga ke tahun 6 yang merangkumi sekolah zon Elopura dan Zon Tanjung Papat  yang disumbangkan sendiri oleh pihak  JASA Negeri dan Wanita UMNO Sandakan

Katanya program seumpama ini adalah buat kali pertamanya diadakan setelah beliau (Noraini) menjawat-jawatan sebagai Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan pada 12 Oktober lalu.

“Tujuan prpgram ini diadakan adalah untuk membantu meringankan  sedikit beban yang ditanggung   para ibubapa  khususnya mereka yang kurang  berkempuan” ujarnya.

Katanya lagi sejurus selepas upacara penyerahan beg sekolah kepada murid-murid terbabit disambung pula   upacara penyerahan Surat Rasmi  Perlantikan Jawatan Pegawai  Akhbar Pribadi Noraini  Saimon S Jumadi yang akan disempornakan  oleh  Ketua Bahagian UMNO Sandakan.




No comments:

Post a Comment