Tuesday 10 December 2013

PEMBERIAN PINGAT DARJAH KEBESARAN DARIADA KESULTANAN SULU TERBONGKAR...SYED KAMAL



Written by Admin
SelaSa 10 Disember 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
KOTA KINABALU:- Seorang bekas anggota  tentera Syed Kamal (gambar) yang merupakan seorang aktviti mendedahkan mengenai pengagihan anugerah darjah  kebesaran negeri/negara yang membawa gelar Dato  daripada Kesultanan Sulu di Sabah.

Syed  meminta pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menyiasat  tentang penganugerahan  pingat dan darjah kebesaran  yang dilakukan dalang yang menjual anugerah Kesultanan Sulu di negeri ini.

“Bagi pendapat saya seseorang yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu di Malaysia  adalah dicap sebagai pengkhianat negara ini jelas yang harus dipersalahkan ialah Majlis Keselamatan Negara (KMN) dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)

“Kerana mereka telah mempergunakan dan  memperalatan  orang-orang kaya (kelongmerat) di Malaysia dengan alasan  kononya untuk memajukan kepuluan Sulu jika Wilayah Sulu kembali stabil dengan memberi Gelaran Dato Dan Dato Seri melalui sumbangan mereka...dalam hal ini MKN dan KDN harus di persalahkan 100% kerana membiarkan PENGAKU2 SULTAN SULU bebas bergerak dalam Malaysia dan Sabah. Jika tidak ada sebarang jawapan dalam tempoh 24 Jam dari pihak KDN satu laporan polis akan di buat bagi memberi gesaan kepada pihak KDN dan Majlis Raja Raja Melayu menyiasat hal ini” kata Syes kamal

MUDAH...begitu mudah mereka mendapat pingat darjah kebesaran  daripada Kesultanan Sulu tanpa jaringan/tapisan
 

No comments:

Post a Comment