Written
by Admin
Friday
December 6,2013
OLEH: AZMI AZMAN & CHANG TEN LOY
SANDAKAN:-
Seorang Aktivis Masyarakat dan juga
merupakan Wartawan New Sabah Times Mustaffah Hj Mohd Hassan (gambar) menyifatkan perlantikan Ponolong
Pengarang (Sub-Editor) Free Sandakan
Today Shaimon Sarmon Jumadi (SSJ) sebagai Pegawai Akhbar Pribadi kepada Ketua
Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong kena pada tempatnya.
“Saya
mengenali Shaimon sejak tahun 1977 lagi beliau memang sudah berkecimpung
dalam lapangan bidang kewartawanan
sehingga ke hari ini beliau tak henti-henti menulis di media-media tempatan
sehingga ke portal” ujarnya.
Katanya
lagi Noraini Sulong tidak salah memilih seorang wartawan veteran yang bakarisma
dan berkaliber yang mempunyai pengalaman luas seperti
Shaimon kerana penglibatannya sebagai wartawan sudah hampir separuh abad selama
35 tahun lamanya.
“Berani
saya mengatakan Wartawan veteran yang masih bertahan sehingga ke hari ini walaupun
sudah dimamah usia antaranya saudara Sidek Kolo di pantai Barat sementara di
Pantai Timur ialah Shaimon S Jumadi dan
beliau (Shaimon) pernah dianugerahkan Wartawan terbaik bahagian Hiburan oleh
Kelab Media Sandakan pada tahun 1998 semasa beliau bertugas sebagai Wartawan
kanan (ketua biro) di Berita Sabah” katanya
kepada Wartawan Free Sandakan Today petang ini.
“Rasanya
saya belum terlambat mengucapkan tahniah dan syabas kepada Shaimon atas kenaikan pangkat dari
wartawan ke Sub Editor dan juga perlantikannya sebagai Pegawai Akhbar Pribadi
Noraini Sulong semoga dapat menjalankan tugas dengan sukses dan berjalan dengan
baik kerana tanggungjawab itu adalah amanah”
tegasnya.
.
WARTAWAN VETERAN....Sidek Kolo seangkatan dengan Shaimon S Jumadi dalam kerjaya kewartawan lebih 35 tahun yang masih bertahan sehingga ke hari ini..Syabas Bro berdua
No comments:
Post a Comment