Written By Admin
Friday December 6,2013
KIRIMAN : SUMARDI SUPARDI
LAHAD DATU:- POKOK Jering atau disebut Jengkol dia merupakan tumbuhan
liar kebanyakan tumbuh di atas bukit atau di hutan-hutan berhampiran seperti di kawasan Bukit Bendera (Trig Hill) lebih 1,000 pokok tumbuh dengan suburnya tampa
di simpan baja.
Jering ataupun Jengkol dia
terdapat dua jenis yang satu disebut Jengkol Pulut Jengkol kontengan ia keras sedikit kalau diresbus (digodok) memakan masa yang agak
lama itupun belanga tempat merebus disimpan paku ia depanggil
sukang.
Sementara jering pulut agak lebut direbus lebih kurang 2 jam begitu jengkol tadi
sudah empuk dan biasanya dimakan menggunakan kelapa parut dibubuh sedikit garam
dan gula.
Bagi sesetengah orang Jawa
pula jengkol ini di buat lauk yang dipanggil Semur Jengkol ataupun dibuat ulam
makan mentah-mentah saja tumbuk hingga
lumat makan dengan sambal terasi dengan Lombok
rawit (belacan).
Khasiat makan jengkol ia
boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga kelori (gula) dalam badan ini
paling cocok kalau ada orang yang mengidap kencing manis.
Bagi masyarakat cina pula mereka
tidak berapa doyan makan jengkol antara sebab rasa pahit kedua kalau kencing
baunya bukan alang kepalang meraka pula mengambil akar pokok jengkol mereka
kisar dengan Blander kemudian dimasukan ke plastic kapsul mereka jual satu
botol jering kapsul harganya RM20.00 dalam 60 biji.
Sekarang harga jengkol di
pasaran agak mahal 1 kg harga biasa
kalau musim banyak buah tidak kurang
RM4.00 kalau bekalan sedikit 1 kg RM7.00 sedangkan pokok jengkol tumbuh
sendiri.
Petuah kalau jengkol tidak
mahu rasa pahit rebus dengan daun uduk-uduk atau Jawa bilang pokok Sengganen.
Pantangnya kalau mahu ambil buah jengkol jangan sesekali kencing dipokok jering nanti orang Jawa bilang kejengkolan (kejeringan) susah mahu kencing ini banyak sudah berlaku di kampung saya Kg Jawa Lahad Datu,
Selain buah jengkol sebagai
ubat kencing manis tidak kurang pentingnya pokok uduk-uduk (disebut Pokok
Sengganen) sama ada akarnya atau daunnya direbus kemudian masukan ke dalam
botol bila sudah adem (sejuk) rasanya memang kelat sedikit minum pagi dan petang
Insya Allah gula dalam badan turun menjunam.
Saya memang ada kencing
manis kandungan gula dalam badan saya 20 memang tinggi bila saya amalkan saban
hari pagi,sore dan malam saya minum air rebusan sengganen tadi bila periksa
gula di Hospital turun hingga 8.1 doktorpun rasa heran tiga bulan yang lalu
tinggi banget.
POKOK....Uduk-uduk (Sengganen)
ubat kecing Manis banyak kegunaannya daun ini boleh menghilangkan rasa kepahitan untuk merebus bunga kepayas (betik)
No comments:
Post a Comment