Monday 23 December 2013

UMNO SANDAKAN MENGORAK LANGKAH UNTUK AKTIVITI TAHUN 2014 ....AMPONG



Written by Admin
Monday   December 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon  telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Sandakan bagi kai ketiga sejak beliau berjaya  semula mengekalkan  kedudukannya sebagai orang nombor satu dalam barisan  kepimpinan AJK Bahagian UMNO  bagi tempoh 2013-2016.

Antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai merangkah  aktiviti-aktiviti tahunan  sepanjang tahun 2014 disamping membincangkan mengenai wujudnya dua persempadanan kawasan pilihanraya di mana kawasan DUN dan  kawasan Parlimen  masing-masing akan ditambah oleh pihak SPR

Pada akhir perbincangan di majlis Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh Ketua-Ketua cawangan dan Ahli-Ahli Bahagian  Ampong sakali lagi mengingkatkan agar ahli-ahli UMNO Sandakan supaya bersatu semula demi mnjjamin keutuhan dan memantapkan perjuangan UMNO selari dengan transformasi parti UMNO.

Selain itu Ampong juga menyeru bukan saja AJK Bahagian itu bagi  mengadakan Mesyuarat AJK bulanan bahkan AJK Pemuda, AJK Wanita, AJK Puteri termasuk AJK disetiap cawangan diarah untuk berbuat demikian ini untuk mengemaskini  lagi jentera pentadbiran diperingkat masing-msing lebih tersusun.

Turut hadir pada Mesyuarat ketiga ini yang diadakan di Bilik Mesyuarat UMNO kelmarin  ialah seorang pemimpin dinamik iaitu Noraini Sulong Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan.

No comments:

Post a Comment