Tuesday 17 December 2013

BARISAN AJK JKDB TAMAN MESRA 100 PERATUS AHLI UMNO MANA AHLI GERAKAN DAN PBS RAKAN BN?



Written by Admin
Tuesday 17 December 2013
 
SOROTAN DARI MEJA PENGARANG
SHAIMON S JUMADI


HARI ini saya terpanggil untuk membicarakan sedikit sebanyak mengenai perlantikan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar atau ringkasnya disebut sebagai (JKDB) bagi kawasan perumahan PPR Taman Mesra bagi kali ketiganya yang dianggap berat sebelah tidak mengikut tatacara yang sebenar.

Penduduk Taman Mesra terdiri daripada pelbagai kaum minority dalam kaum masyarakat cina termasuk suku-suku kaum Kadazan/Dusun.

Dalam 1,000 penduduknya sebagai penghuni 90 peratus daripada mereka adalah penyokong kuat  UMNO/PBS dan GERAKAN  dan  merupakan pengundi tegar BN.

PBS,GERAKAN dan UMNO adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang berkongsi kuasa dalam pentadbiran Kerajaan BN yang ada sekarang ini.

 Saya sebagai penduduk Taman Mesra sudah masuk tujuh tahun betul-betul  amat kecewa mengenai pemilihan barisan Jawatanuasa JKDB Taman Mesra bagi kali ketiga ini.

Pemilihan pertama saya tidak ambil kisah sangat sebab pemilihan pengerusi JKDB adalah atas budi bicara Wakil Rakyat yang melantik atas sokongan pihak-pihak tertentu sebab ia disebut sebagai Protem Committee  mohon izin (Jawatankuasa Penaja) dalam tempoh tiga bulan selepas itu dibudar sama ada melaui Mesyuarat umum atau bidan terjun.

Dalam pemilihan pengerusi JKDB bagi kali kedua ramai masyarakat setempat khususnya para penduduknya saling bertanya antara satu sama lain siapa kah orangnya yang menjadi Pengerusi dan siapa kah antara dari mereka yang dilantik sebagai AJKnya.

Wujudnya badan JKDB macam sembolik kata orang main tapuk-tapuk saja saya sendiripun tidak mengenali siapa kah barisan mohon izin yang di sebut Office Barres  dalam menganggotai badan JKDB yang dimadsukan itu.

Kita lupakan JKDB yang lama sekarang kita bongkar dan menyelongkar mengenai pemilihan jawatankuasa JKDB bagi kali yang ketiga ini dan harap barisan JKDB bagi pemilihan yang ketiga ini  membariskan orang-orang yang mantab barkaliber, tahu sedikit sebanyak dalam aspek pentadbiran perlu saya katakan barisan orang yang berpendidikan akademik  sedarha.

Sesipapun jadi pemimpin asalkan mendapat sokongan padu, tetapi sebagai pemimpin masyarakat di peringkat kampung atau diperingkat Taman Perumahan seperti Taman Mesra bialah diri kita dikenai ramai penduduk kalau boleh ada pengaruh tak  usah banyak 60 peratuspun memadai.

Bila diri kita diketahui penduduk setempat baru boleh  jadi pemimpin senang kita buat kerja kerana mendapat sokongan yang jitu .

Apa yang saya ingin pertikaikan dalam pemilihan AJK JKDB Taman  Mesra harus berlaku adil tidak berat  sebelah seperti yang saya katakan dalam perenggan 3 dalam menganggotai barisan kepimpinan mahupun pentadbiran JKDB Taman Mesra  melantik  daripada beberapa ahli-ahli komponen BN lantik 2 orang daripada Gerakan lantik 2 orang dari PBS dalam barisan jawatankuasa tadi ada suku Kadazan, ada suku cina dan Melayu.
  
Pemilihan yang melibatkan ahli-ahli parti komponen BN dan merangkumi suku-suku yang ada dalam barisan AJK JKDB itu baru selari konsep 1 Malaysia dan sejajar dengan perkongsian kuasa dalam era pembentukan  pentabiran Kerajaan BN yang memeritah sekarang.

Dipendekan cerita sekali kita nampak barisan AJK JKDB bagi penggal ketiga ini semuanya teruk-teruk belaka  yang memegang Jawatan sebagai Setiausaha JKDB adui pandai kah buat minit Mesyuarat pandai kah buat Carta Organisasi pandai kah buat surat-menyurat mohon izin Correspondence  kata orang biar pengerusinya agak goblok tetapi orang yang dilantik sebagai setiausaha mereka mempunyai daya inisiatif, anovatif dan proaktif dan celek computer sebab Setiausaha adalah nadi penggerakan kepada badan JKDB.

Begitu juga mereka yang dilantik sebagai AJK  mereka adalah sebagai tulang belakang kepada badan JKDB mereka mempunyai visi,misi dan berpandangan jauh pandai merancang, padai membuat kertas kerja apa harus kita buat di kawasan Taman Mesra ini.

Dari Pengerusi sehingga ke AJKnya semuanya  ahli-ahli UMNO satupun tiada ahli-ahli daripada parti komponen BN lainnya amat ketara sekali pilih kasih kami sebagai Ahli daripada Gerakan jelas terpinggir dan dianak tirikan.

Adakah JKDB Taman Mesra ini  memang kepunyaan UMNO  atau kepunyaan masyarakat sehingga membelakangkan kepentingan suku-suku lain sebagai ahli komponen BN untuk duduk atau anggota di dalam JKDB.

Pemilihan JKDB bagi kali ketiga ini tidak mengikut lunas-lunas tertentu main tembak saja Jawa bikang hentam kromo  hanya memilih kroni-kroni saja sedangkan ramai penduduk  golongan pintar golongan belia tidak diberi peluang  langsung untuk sama-sama membarisi cabinet JKDB Taman Mesra.

Saya rasapun ADUN Elopura Yang Berhormat Datuk Au Kam Wah bila melihat senarai nama-nama barisan AJK JKDB Taman Mesra bagi tempoh 2014/2015 semuanya dimonopoli oleh ahli-ahli sahaja  tiadapun terlihat nama-nama ahli-ahli  Gerakan yang dilantik sebagai AJK JKDB  mungkin agak kecewa juga

Saya sering mengikut pemilihan JKKK peringat kampung seoerti di Beluran kah Kinabatangan dan Kuamut  mereka melalui Mesyuarat Agung Tahunan dihadiri lebih 300 penduduk dirasmikan oleh ADUN berkenaan.

Sebelum AGM borang-borang pencalunan dalam sebuan begitu tekah diedarkan kepada semua penduduk  kampung untuk membuka ruang dan peluang siapa mahu bertanding itu baru best walaupun dalam kampung mereka ikuti system yang teratus.

Pihak pengerusi sekurang-kurangnya mengagih-agihkan naskah perlembagaan JKDB kepada AJK  supaya faham apa itu tugas dan tangggungjawab dan peranan, fungsi sebagai AJK badan JKDB.

Akhir sekali semoga dengan adanya coretan dari Meja Pengarang mengenai kedudukan JKDB Taman Mesra dapat dibaca oleh pihak pihak sama ada Ketua Menteri Sabah, pihak MPS dan jabatan-jabatan yang ada hubung kait dengan pentadbiran JKDB... apa yang saya utarakan ini sebagai panduan dan jadikan satu iktibar disamping untuk kebaikan bersama ..cerita ini akan bersambung diminggu depan

No comments:

Post a Comment