Sunday, 8 December 2013

Kuala Terengganu pula dilanda banjir

Sunday December 8,2013...... By Admin
Umumnya, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di beberapa kawasan mula berkurangan dan dibenarkan pulang rumah masing-masing.













KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 6,758 orang pagi ini berbanding 7,167 orang malam tadi manakala Kuala Terengganu pula menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.
Secara umumnya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di beberapa kawasan yang terjejas di negeri ini mula berkurangan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.
Di Dungun, jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 4,101 orang daripada 1,000 keluarga apabila hampir 240 orang dibenarkan pulang lewat malam tadi.
Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga.
Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang.
Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga telah dipindahkan ke 67 pusat pemindahan.
-Bernama

No comments:

Post a Comment