Tuesday 31 December 2013

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2014 DAP SANDAKAN




 IKHLAN UCAPAN  SELAMAT TAHUN BARU 2014


Mesej Yb Stephen Wong Tien Fatt Ahli Parlimen Sandakan sempena Sambutan Tahun Baru 2014




31 Disember 2013- Yb Stephen Wong Tien Fatt mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru bagi tahun 2014 dan selamat tinggal tahun 2013. Beliau amat berharap agar tahun 2014 menjadi sebuah tahun yang sangat bermakna kepada rakyat khususnya masyarakat daerah Sandakan yang berada dibawah naungan beliau. Beliau juga turut berpesan agar mengambil setiap perbuatan yang baik dan meninggalkan perbuatan yang tidak sepatutnya di tahun 2013, seterusnya memasang azam baru untuk tahun 2014 agar masyarakat akan lebih terus cemerlang dan berjaya mencapai misi tersebut pada tahun 2014.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengemukakan pendapat beliau mengenai kenaikan harga barang, tarif elektrik, gula dan minyak dapat dipertimbangkan dengan kadar segera. Ini kerana beliau yang begitu prihatin terhadap masalah dan kebajikan rakyat telah mendengar banyak keluhan serta rintihan masyarakat mengenai kenaikan harga barang dan lain- lain seperti yang disebutkan tadi. Oleh itu, beliau sangat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula cadangan menaikkan harga barang dan lain- lain kenaikan agar tidak membebankan rakyat Sandakan juga seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, YB Stephen Wong sekali lagi menegaskan agar cadangan menteri yang bertangungjawab dapat bersama- sama mendengar keluhan masyarakat awam. Beliau juga enggan mengulas mengenai demonstrasi yang digembar- gemburkan akan berlaku pada malam 31 Disember 2013 di dataran merdeka sebaliknya menganggap protes tersebut lebih kepada protes untuk menurunkan harga barang. Beliau menegaskan agar kerajaan dapat bersama- sama mendengar suara rakyat dan lebih prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat.

No comments:

Post a Comment