Monday 9 December 2013

BUDAYA BERPESATUAN MENETAP HALA TUJU KAUM BELIA DI MASA DEPAN ....AU



Witten by Admin
Monday December 9,2013

 
OLEH: SHAIMON S JUMADI

ELOPURA:- Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) kawasan Elopura Datuk Au Lam Wah  berkata penganjuran Kursus Pimpinan Muda ini  jelas memberi peluang kepada belia-belia khususnya dari peringkat akar umbi untuk memperkasakan diri dalam bidang kepimpinan dan budaya berpersatuan.

Katanya Sebagai generasi dan pemimpin masa depan, amat penting untuk golongan belia meningkatkan budaya berpersatuan dengan menganggotai persatuan-persatuan belia di kawasan ataupun organisasi masing-masing.

“Menerusi usaha ini, ia bukan sahaja dapat menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri, malah berupaya merapatkan barisan dan mengukuhkan kesatuan dalam kalangan para belia di seluruh negeri.” Katanya semasa berucap merasmiskan  Penutupan Kursus Pimpinan Muda Peringkat Daerah Sandakan di sini hari ini.

Disamping itu tambah Au melalui  berpersatuan juga dapat membawa belia-belia untuk menetapkan hala tuju dan menggilap potensi diri untuk menjadi pemangkin perubahan positif dalam kalangan masyarakat.

“Melalui program-program seperti ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat kesukarelaan di kalangan belia. Sesungguhnya gerak kerja kesukarelaan ini merupakan kerja mulia dan ia adalah penawar kepada kerosakan dan masalah-masalah sosial dalam masyarakat.

Dalam konteks ini saya juga ingin menyeru kepada para peserta kursus ini untuk memanfaatkan sebaik mungkin apa yang telah dipelajari didalam kursus ini di dalam organisasi mahu pun di komuniti masing-masing.


Kepada semua belia yang hadir pada hari ini suka saya peringatkan bahawa belia merupakan pewaris kemerdekaan dan penerus kemajuan negara pada masa hadapan. Anda semua perlu memajukan diri, bersikap proaktif dan bersatu tenaga dalam membangunkan negara kerana anda semua adalah harapan bangsa dan tiang negara. Oleh itu, tanggungjawab anda sebagai seorang belia sangat besar untuk menjadikan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad menjadi suatu realiti.
” Ujarnya.



No comments:

Post a Comment