Friday 13 December 2013

KUNJUNGAN SIRATULRAHIM AMPONG KE RUMAH MANTAN KETUA KETUA CAWANGAN UMNO MEMBAWA BERKAT...MOHD




Written by Admin
Friday 13 December 2013-12-13

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: MOHD HJ UTUNG

SANDAKAN:- Sebagai Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang telah diberi mandate semula oleh para perwakilan semasa pemilihan AJK Bahagian pada 19 Oktober lalu  saya tidak melupakan jasa-jasa mantan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Sandakan.

Walaupun mereka sudah tidak lagi menyandang jawatan Ketua cawangan tetapi sebagai insan dan Ketua dalam menejui kepimpinan UMNO Sandakan mereka adalah kawan karib dan sahabat saya sehingga ke akhir hayat.

Begitulah penjelasan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata kepada wartawan Free Sandakan Today.Com sejurus selepas membuat kunjungan Siratulrahim kebebarapa buah rumah mantan-mantan Ketua Cawangan di Zon Elopura.

Ampong yang ditemani Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohemad Abdul Hamid @ Hj Utung telah sempat berkunjung kerumah Haji Kangkong Mappie sambil menanyakan khabar.

“Ini sikap pemimpin yang berjiwa rakyat kerana begitu prihatin kepada ahli-ahlinya yang tidak bisa melupakan teman-teman lama seperjuangannya dulu dan jasa-jasa mereka tetap dikenangan untuk selama-lamanya” kata Mohd.


No comments:

Post a Comment