Written by Admin
Friday December 6,2013
OLEH: SHAIMON S JUMADI
KUALA LUMPUR:- Pengikhtirafan Pergerakan Wanita UMNO sebagai Tulang
Belakang kepada UMNO seperti yang dumumkan oleh Presiden UMNO Dato Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak pada Perhimpunan UMNO ke 67 di Dewan Pusat Dagangan Dunia
Putera (PWTC) Kuala Lumpur semalam merupakan satu penghargaan yang tidak
ternilai harganya terhadap perjuangan
kaum wanita dalam menerajui kepimpinan
UMNO di dalam negara ini selama 67 tahun.
Sebelum ini Pergerakan Wanita UMNO hanya di sebut sebagai
Saya Kanan parti UMNO kerana penglibatan kaum Wanita dalam menceburi gelanggang
politik tanah air tidak kurang pentingnya yang berperanan seperti juga
perjuangan kaum lelaki.
Wartawan Kanan Free Sandakan Today yang juga merupakan
Pegawai Akhbar Pribadi Noraini Sulong
ketika menghubungi Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan
Noraini Sulong yang menghadiri persidangan tersebut kelmarin Noraini menyifatkan pengikhtirafan Wanita UMNO
sebagai Tulang Belakang kepada tunjang perjuangan UMNO oleh Presiden UMNO Malaysia ia
merupakan satu penghargaan terhadap perjuangan
dan tanggungjawab wanita di negara ini yang sama-sama memperjuangkan bagi menjaga hak-hak asasi kepentingan bangsa Melayu, Agama Islam dan juga tanah air.
“Saya bagi pihak barisan ahli-ahli pergerakan
Wanita UMNO Sandakan terasa terharu dan gembira dengan pengikhrirafan
tersebut dan ini jelas untuk menaikan semangat kami sebagai Wanita UMNO
untuk sama-sama menggembling tenaga bagi
menyemarakan lagi jati diri kami untuk memantapkan perjuangan UMNO selari dengan
peranan dan tanggungjawab kaum lelaki” ujarnya.
Noraini kini masih berada di ibu negara sejak 1 Disember
lalui sehingga ke hari ini akan
kembali ke Sandakan dijadualkan pada
tanggal 8 Disember ini.
No comments:
Post a Comment