Sunday, 2 February 2014

RUMAH TERBUKA KONG HEE FATT CHOY AHLI PARLIMEN SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN MERIA



Written by Admin
Sunday  February  04 ,2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
 
SANDAKAN:-   Perayaan Tahun Baru Cina 2014  masuk hari yang ketiga  masih lagi disambut dengan suasana meria untuk menerima tetamu bukan saja tertumpu kepada masyarakat cina bahkan lain-lain bangsa juga turut  hadir  sama sebagai tanda penghormatan persahabatan tanpa mengira fahaman  idologi  politik yang berbeza-beza.
 
Semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan mengadakan rumah terbuka Kong Hee Fatt Choy  kita lupakan buat seketika fahaman idologi politik apa yang penting semangat setia kawan antara satu sama lain harus dipupuk demi mengiratkan siratulrahim.
  
Ahli Parlimen kawasan  Sandakan (DAP) Stephen Wong telah mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya di Taman Sibuga nombor rumah 119 petang kelmarin
 


Lebih  600 para penyokong DAP, Parti-Parti Pakatan Rakyat dan penyokong BN daripada LDP  juga termasuk orang ramai hadir di majlis tersebut  ini sebagai menghomati persahabatan.

Dalam sesi temubual dengan Wartawan Free Sandakan Today.com dimajlis tersebut Wong  melahirkan rasa  gembira  kerana majlis rumah terbuka Tahun baru Cina yang buat pertama kalinya diadakan setelah beliau menjadi Ahli Parlimen Sandakan  mendapat sambutan yang amat menggalakan diluar jangkaan.
 
“Inilah kebagusan rakyat di negara ini khususnya masyarakat di Sandakan tidak kira masyarakat cina dan bumiputera walaupun ada  sesetengah pihak yang berlainan parti  politik namun masih  ada ruang untuk berkominikasi antara satu sama lain  khususnya di  musim-musim perayaan sebegini” ujar Wong.

Turut hadir pada masjlis tersebut ialah Frankie Poon  DAP Tg Papat, Calvin  Chong  DAP Karamunting, George Hiew DAP Elopura Dayang Subaidah Datu Tahil, Basith Hj NC Osman dan Jaidin Awang  Damit dari  Cawangan DAP  Kampung Sim-Sim.



No comments:

Post a Comment