Tuesday 18 February 2014

IBRAHIM ALI BERCITA-CITA BAKAL JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 2017 SEBAB DIRINYA PALING HEBAT



Written by Admin
Tuesday Februariy18,2014

SOROTAN DARI MEJA PENGARANG (FST)
SHAIMON S JUMADI


KENYATAAN Presiden PERKASA Ibrahim Ali antara lain menyatakan  dia (Ibrahim Ali) 1000 kali baik daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dia layak jadi Perdana Menteri Malaysia masa terdekat ini.

Rakyat Malaysia yang membaca kenyataannya seperti yang tersiar di portal Online The Malaysia Insider  baru-baru ini bertajuk “Saya 1,000 kali Lebih Baik Jadi PM Daripada Anwar Ibrahim Ali”

Kalau memang benar  Ibrahim Ali  orang hebat kenapa pada pilihanraya umum  ke 13 (PRU 13) lalu  bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas Kelantan dia (Ali) kecundang.

Ini telah menampakan Ibrahim sudah tiada lagi  pengaruhnya dan  ditolak oleh rakyat kerana kepimpinannya tidak becus (telus)   rakyat  sudah jelak, muak  terhadap kelakuan yang amat jahil itu.

Rakyat di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak   telah mengetahui gerak geri dan paling ketara sekali  penanan PERKASA sebagai NGO 90 peratus aktiviitnya condong dan cenderong gemar membuat huru hara di dalam negara.

Pelbagai rancangan songsang telah disusun atur untuk mengadakan rusuhan pertama kali PERKASA paling anti bangsa Cina dan India serta anti agama Kristian.

Satu lagi tindakan yang menimbulkan kemarahan bukan saja rakyat Sabah bahkan rakyat Sarawak kerana telah mengumumkan tentang perlantikan jawatan Yang Dipetua (YDP) PERKASA untuk negeri Sarawak.

Seorang rakyat Sabah iaitu Bonney Narcesso P Juanico @ Mohd Yusoff Abdullah yang latar belakangnya tidak jelas telah dilantik  sebagai Yang Dipertua PERKASA  Sarawak.

Tindakan PERKASA dan Ibrahim Ali melantik Bonney sebagai  YDP PERKASA telah menjadi satu teka teki dan tandatanya kepada rakyat Sabah apa motif sebenar Ibrahim Ali berbuat sedemikian sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan penduduk Sarawak sendiri.

Tidak dinafikan ramai penduduk Sabah yang berkata Ibrahim Ali ini kalau tinggal di Sabah perangai tak ubah seperti setan dan Gundoruwoh  lama sudah kena santet (santau) mujur dia tinggal disemanjung.

Kita tidak tahu  sama ada dia (Ali) sedar atau tidak sedar mengeluarkan kenyataan itu yang membuat orang ketawa terbahak-bahak  dan menjadikan ejikan orang ramai.

Rakyat di negara ini mungkin masih ingat lagi setelah Ibrahim kalah di Pasir Mas mungkin agaknya dia kecewa atas kelahannya lantas  telah membuat kenyataan media secara rasmi terbuka bahawa dia (Ibrahim) bakal menjadi supir taksi (pemandu)  kalau jadi pengusaha teksi  masih bagus lagi  sebab jadi taukey  dan kerja sendiri, akan tetapi kalau Ali sendiri yang membawa teksi kehulu kehilir ini benar-benar menjatuhkan maruah diri sendiri mantan Yang Berhormat (YB) tiba-tiba jadi supir taksi kenapa pencen Ahli Parlimen sebulan lebih RM6,000.00 tak cukup kah.




IBRAHIM ALI......Tidur nyenyak dibuai mimpi nak jadi Perdana  Menteri Malaysuia yang ke 7 pada 2017 nanti

No comments:

Post a Comment