Sunday 16 February 2014

30 WANITA AHLI UMNO SANDAKAN SERTAI BENGKEL KECANTIKAN ANJURAN MYSARA ACADEMY DAN WANITA UMNO SANDAKAN



Written by Admin
Sunday 16 February 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Bengkel Kecantikan anjuran bersama  MySara Beauty Academy  dengan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan Ballroom Kings Park Hotel dekat sini yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang hari ini telah disertai lebih 30 orang wanita.
  
Menurut pengelola bengkel tersebut yang juga selaku pemilik  Pusat kecantikan  itu Puan Sahrah Astor memberi tahu kepada media tujuan menganjurkan bengkel kecantikan secara percuma itu di bawah tajaan Wanita UMNO Sandakan  adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada kaum wanita  di daerah ini yang berminat dan cenderong  dalam aspek menceburi  perniagaan khususnya dalam keusahawanan  persolekan atau mak andam.
 
“Walaupun bengkel itu hanya memakan masa  beberapa jam sahaja tetapi mereka telah diajar secara praktikel  bagi kaedah-kaedah perdandanan yang lebih rapi” kata Sahrah.

Sahrah menambah para peserta yang telah mengikuti  bengkel tersebut diberi sekeping sijil penyertaan untuk memudahkan  dan bolehkan mereka memohon lesen perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan.

Semen tara Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong  mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak MySarah Beauty Academy khususnya Puan Sahrah Astor kerana  memberikan kerjasama sepenuhnya  bagi menyediakan  latihan tersebut kepada lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan.

Kata Noraini lagi bengkel seumpama ini akan dilanjutkan di masa-masa akan datang tetapi terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dan cenderong kepada industry keusahawanan dalam bidang persolekan dan  kecantikan.



No comments:

Post a Comment