Thursday 13 February 2014

ADUN SKONG LANCAR PENYERAHAN BORANG SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA



Written by Admin

Thursday 13 February  2014



OLEH: SHAIMON S JUMADI

  
SEKONG:- Kerajaan Barisan Nasional (BN)  yang diberi mandate semula oleh rakyat pada PRU 13 lalu terus memainkan peranananya  dalam memberi pelbagai bantuan kepada rakyatnya tidak mengira siapa mereka yang layak  perlu di bantu.



Inilah dasar kerajaan  BN tidak akan meminggirkan terhadap  rakyatnya sama ada tinggal di Bandar mahupun di kawasan luar Bandar terutama sekali golongan yangberpendapatan rendah terus terbela.



Ahli Dewan Undanggan Negeri  (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya ketika berucap merasmikan majlis upacara penyampaian Borang Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia) kepada lebih 40 orang di Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.

 

Katanya hanya meraka yang layak mendapat bantuan walau bagaimanapun semua permohonan yang akan diserahkan kepada pihak kerajaan akan ditapis dengan penuh teliti agar mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan itu dengan sewajarnya.






No comments:

Post a Comment