Friday 21 February 2014

SEMINAR MAXIM TRADER DAPAT SAMBUTAN




Written by Admin
Friday February 21, 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Seminar  Maxim Trader Financial Talk “How  To Offset  Our Inflation” yang diadakan di Ballroom Pavilion  Hotel malam tadi telah dihadiri seramai 180 orang bakal pelabur.

Penceramah  dari Singapura Shawn Lee bagi pihak Maxim Capital Ltd  telah menjelaskan bahawa di negara Malaysia kini sedang berdepan dengan inflasi tinggi ekoran kenaikan harga  barangan yang mendadak maka  rakyat di negara ini teragak-agak untuk  membuat pelaburan walaupun menguntungkan.
 
Katanya kalau wang di simpan di bank sama ada akaun simpanan ataupun fixed deposit kadar faedah begitu rendah hanya mendapat 3 persen sahaja berbanding wang yang dilaburkan kepada syarikat-syarikat  pelaburan tertentu seperti Maxim Trader.
 
Lee berkata Maxim Trader yang tersenarai di Financial and Investment Trust Company in United State  telah membawa pulangan hasil yang lumayan di mana para pelabur telah mendapat keuntungan yang begitu membanggakan.

“Saya ingin mempelawa semua rakyat Malaysia khususnya  penduduk Sandakan yang berminat dan berkemampuan anda boleh membuat pelaburan pada bila-bila  masa sahaja melalui wakil kami iaitu Howard Hiew H/p 014-6541318” katanya.



No comments:

Post a Comment