Thursday 27 February 2014

PROJEK NAIK TARAF LAPANGAN TERBANG SANDAKAN BAZIR WANG RAKYAT...DAKWA WONG

Written by Admin
Thursday February 27. 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Projek menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa  yang dianggap telah menyalahgunaan wang rakyat untuk penyokong Malaysia Airlines yang kerap menghadapi kerugian besar setiap tahun Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan kerajaan  Barisan Nasional (BN) mengenai  fenomena tersebut.

Wong berkata ketika Timbalan Menteri Persekutuan Datuk A.B Aziz Kaprawi  mengunjungi ke Sandakan, beliau telah mengumumkan bahawa selepas penyiapan kerja-kerja peningkatan taraf Lapangan Terbang Sandakan, kapasiti lapangan terbang tersebut boleh ditingkatkan daripada 80 juta orang kepada 150 juta. Namun begitu, Wong bertanya - tanya bagaimanakah meningkatkan kemasukan pelancongan jika tiada tambahan aerobridge dan memanjangkan landasan lapangan terbang?

Wong menegaskan bahawa Kerajaan BN telah berjanji secara terbuka dengan peruntukan RM120 juta untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Sandakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa, tetapi perjanjian tersebut tidak dicapai, peruntukan telah dikurangkan ke RM70 juta dan perkara tentang menaiktaraf lapangan terbang tidak diambil berat lagi.

Yang amat dikesali  kata Wong bahawa kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menjadikan Sabah  sebagai pusat pelancongan yang terkenal  tetapi telah mengetepikan kepentingan Air Asia yang menyediakan penerbangan murah ke Sabah bertahun - tahun dan membantu menarik perhatian pelancong asing dan dalam  ke Sabah.

“Sebaliknya, kerajaan BN memberi sokongan kepada Malaysia Airlines yang menghadapi kerugian besar, khususnya  dan maklumat terbaru iaitu kerugian sebanyak RM1.2 billion, dan ini merupakan pembaziran kepada duit cukai rakyat”tegas Wong.

Wong berkata kerajaan hanya mementingkan naik taraf Terminal Lapangan Terbang  yang canggih tetapi kerajaan khususnya MAS tidak mahu  menambahkan khidmat  jumlah penerbangan  dan bagaimana bilangan penumpang dan pelancong boleh bertambah



No comments:

Post a Comment