Thursday 27 February 2014

MPS DAN JKR HARUS BEKERJASAMA UNTUK KEBAIKAN RAKYAT...GESA WONG

Written by Admin
Thursday February 27. 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Kerjasama antara pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menyelesaikan masalah rakyat perlu disemai dan ditingkatkan demi menjamin kesejahteraan rakyat setempat.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan, YB Stephen Wong Tien Fatt menggesa pihak MPS dan JKR agar dapat  bekerjasama dan menyelaraskan usaha bagi menangani masalah sistem pembentungan di Sandakan.

Beliau menegaskan bahawa kakitangan awam MPS dan JKR telah diamanahkan oleh rakyat dan dipertanggungjawab untuk menjalankan tugas mereka, seperti mengendali masalah - masalah yang berlaku di kawasan pengurusan mereka.

Namunbegitu, seperti masalah sistem pembentungan yang sering berlaku kebelakangan ini, kedua-dua pihak MPS dan JKR seharusnya menyelaraskan antara satu sama lain dan mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin, supaya keadaan tidak semakin buruk disebabkan kelengahan.

Wong bersamaan dengan pembantu khas beliau, dan juga kakitangan MPS dan JKR telah menjalankan pemeriksaan tapak berdasarkan aduan yang diterima mengenai kegagalan sistem pembentungan. Beliau amat mengambil berat tentang isu ini,terutamanya masalah kumbahan bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan, ia juga secara langsung menjejaskan kehidupan harian orang ramai.

Wong juga menyeru rakyat supaya memberi kerjasama tidak membuang sampah ke dalam mangkuk tandas dan longkang bagi mengurangkan masalah sistem pembentungan.

No comments:

Post a Comment