Friday 28 February 2014

Penyumbang Dana UMNO Sabah, Michael Chia Yang Kebal dengan Undang-Undang Akhirnya Dihukum Penjara Dan Sebat..

Written by Admin

Thursday, February 27, 2014


OLEH:  AZMI AZMAN 


SANDAKAN:- Ahli Perniagaan, Chia Thien Foh atau lebih dikenali sebagai Micheal Chia yang dikatakan kebal dengan undang-undang negara akhirnya  dikenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas disabitkan bersalah dalam skandal penipuan bernilai RM 2.5 juta sepuluh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie 
Primus semalam memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan mensabitkan tertuduh bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan. 

Ketika memberi alasan penghakiman, Elsie menyatakan dalam kes 
ini saksi telah menyatakan bahawa tertuduh telah meminta wang daripadanya untuk pengeluaran surat membalak di mana salah satu sebab ialah sebagai wang dana politikkepada parti Umno. 

Bagaimanapun menurutnya perkara ini sememangnya akan menjejaskan imej parti politik tersebut kerana saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa Parti Umno tidak memohon dana politik tersebut. Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa 
Raya, Joyce Blasius.

Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela tertuduh, Rowiena Rashid untuk membuat penangguhan perlaksanaan hukuman sementara membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Micheal Chia didakwa telah 
cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn Bhd pada June 2004 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapat surat berkaitan operasi membalak Coupe BW12/02; Extraction and Purchasing ofCommercial Timber di Hutan Simpan Kalabakan, Sabah iaitu: 

i) Menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu yang ditandatangani pada 25 May 2004 kepada Rakyat 
Berjaya Sdn Bhd/InnopriseCorporation Sdn Bhd, syarikat subsidiari kepada Yayasan Sabah; 

ii) Membayar RM3 juta kononnya untuk tujuan dana politik kepada Parti Umno Sabah, dan 

iii) Membayar komisen RM 25.00 per meter padu bagi setiap meter balak yang dikeluarkan Syarikat Peluamas Sdn Bhd di Gunung 
Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe). 

Tertuduh didakwa telah secara curang cuba memperdayakan Agus Hassan melalui Chong Siak Nyen untuk menyerahkan Surat Wakil Kuasa bertarikh 22 June 2004 yang telah menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu kononnya kepada suatu syarikat yang dimiliki oleh Parti Umno Sabah dengan membayar RM 2.5 juta komisen kepada Parti Umno Sabah kononnya sebagai dana politik. 

Menurut laporan, Chia telah ditangkap di lapangan terbang antarabangsa 
Hong Kong dan didakwa di bawah AMLA dengan cuba menyeludup RM40 juta ke Malaysia pada tahun 2008. 

Dilaporkan Chia telah memberitahu pihak berkuasa Hong 
Kong, wang itu kepunyaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. 

Tetapi pada Oktober 2012, SPRM berkata Chia tidak pernah ditahan di Hong Kong. 

No comments:

Post a Comment