Thursday, 6 February 2014

TUNGGU PENDUDUK BREATICE MAMPUS KENA DEMAM DENGGIE BARU KERAJAAN AMBIL TINDAKAN DRASTIK



Written by Admin
Thursday February 06, 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI




ELOPURA: Kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menyenggelarakan kebocoran saluran pembentungan najis di  kawasan perumahan  Beatrice Apartment  Jalan  Phang Kok Pantai Chi Wah dekat sini  sudah hampir 2 tahun tidak pernah diambil tindakan dan kini telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat.

Kebimbangan  para penduduk perumahan itu telah menghantui mereka kerana kawasan sekiling bangunan tersebut semak samun oleh pembuangan sampah di tambah lagi kebocoran pembantungan najis di mana tahi berkeluaran dicelah-celah lubang  dan ini  menyebabkan air bertakong  bauh busuk bukan saja membiak pelbagai kuman bahkan menjadi ternakan nyamuk Eades dan sekaligus ramai penduduk diseluruh kawasan bangunan tersebut bakal dijangkiti  wabak demam denggi berdarah yang boleh membawa maut kepada penduduk si situ.

Seorang penghuni bangunan yang dimaksudkan itu yang dikenali Mak Hon Ming yang membawa Krew dan Wartawan Free   Sandakan Today untuk merakamkan gambar di beberapa tempat telah membuktikan selain saluran pembentungan najis tersumbat  bahkan kawasan belakang bangunan itu benar-benar tempat pembiakan sarang nyamuk Aedes yang memboleh membunuh 80 peratus para penduduk berkenaan  akibat diserang oleh demam denggi berdarah.

Kata Mak lagi perkara ini sudahpun diajukan kepada pihak Pejabat ADUN Elopura tetapi sehinggi kini belum ada sebarang tindakan diambil mungkin menunggu ramai  khususnya penduduk mampus (merihang)  jadi mendiang atau arwah barulah  pihak kerajaan bergegas mengambil tindakan drastic terhadap masalah berkenaan.


“Saya bukan apa sebagai penduduk di kawasan bangunan ini amat bimbang terhadap  keadaan kawasan sekeliling jika biarkan begitu saja bukan saja tempat menternak nyamuk Aedes bahkan juga tempat sarang  dan persembunyian  ular tedung, ular hitam dan ular sawah” tegasnya.
  
Dalam kes ini kata Mak jangan terlalu dipandang ringan ini akan menimbulkan rasa kebencian  semua penduduk Beatrice Park  terhadap kerajaan  Barisan Nasional (BN) kerana  mereka  anggap tidak serius untuk menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk walaupun dalam kritikel.

“Sekali lagi saya mewakili penduduk ini merayu jasa baik pihak Wakil Rakyat Kawasan Elopura supaya mengambil langkah-langkah  terhadap masalah penduduk yang saya maksudkan ini” ujarnya

No comments:

Post a Comment