Monday 10 February 2014

KEBAJIKAN VETERAN ATM PESARA TERUS TERBELA DAN TERPELIHARA.....MEJER JENERAL MOHD NOOR




Written by Admin
Monday 10, February 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Mejer Jeneral Dato Wira Hj Mohd Noor Hj Daud berkata   sebagai memetik ucapan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  semasa berucap One Malaysia Veterans Recognition Programme)   di Kuala Kangsar pada 15 Disember 2012  yang lepas  telah melafazkan  bahawa pengorbanan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dalam perjuangan mempertahankan negara sesekali tidak akan dilupakan.

Kata Jeneral Noor lagi laungan itu  dilaungkan  adalah kerana kerajaan sedar  akan pengorbanan  para veteran yang telah menjadikan negara kita kini  aman dan damai.

Dalam menuju ke-arah itu kerajaan telah sedang mengambil langkah-langkah  yang positif dalam memastikan kebajikan veteran ATM terus terpelihara dan terbela” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada anggota-anggota ATM yang telah bersara sambil meneyerahkan kunci rumah kepada beberapa anggota tentera di Ballroom Sabah Hotel Sabtu lalu.

Sambil itu Noor menjelaskan ada masa kini pelbagai skim bantuan telah disediakan kepada Veteran ATM yang layak menerimahnya.

 1.Bantuan Sara Hidup 2. Bantuan Peralatan Pesakit Serta Ubat-Ubatan 3. Bantuan Kemasukan ke IPTA/Politekni 4. Bantuan Persekolahan 5. Bantuan Bencana Alam 6. Penjudohan Pekerjaan 7,Bantuan Rawatan Dialisis 8. Dan Bantuan Khairat Kematian

Tambahnya keutamaan dan keprihatinan terhadap isu-isu, keluhan dan rintihan yang diketengahkan oleh Para veteran akan sentiasa diberi perhatian khusus.

“Saya percaya kepimpinan kerajaan yang ada sekarang memang mampu untuk menangani semua masalah yang diutarakan ini, Insya Allah,” Pohon Noor.

Menurutnya lagi dalam usaha untuk meringankan beban para Veteran, Balu dan Keluarga, kerajaan melalui JHEV ATM telah membelanjakan RM1,9 Billion untuk pembayaran pencen dan faedah persaraan yang melibatkan 108,622 Veteran, bayaran kemudahan perubatan sebanyak RM56 Juta  melibatkan 14,256 veteran bantuan mengurus jenazah (BMJ) pesara ATM RM3,3 Juta membabitkan 1,097 veteran  dan RM14,9 juta  untuk bantuan  kebajikan, dan ini menunjukkan bahawa kerajaan dan JHEV sangat prihatin dalam usaha untuk membantu veterab yang memerlukannya

No comments:

Post a Comment