Monday 10 February 2014

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN DAP NASIONAL DI DEWAN HAKKA DAPAT SAMBUT LEBIH 4,000 ORANG HADIR




Written by Admin
Monday February 10,2014

OLEH: SHAIMON  S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI



SANDAKAN:-  Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2014 anjuran Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Peringkat Nasional yang diadakan malam tadi bermula dari jam 7.00 hingga jam 11.malam di Dewan Hakka Sandakan dekat sinI mendapat sambutan yang menggalakan.



Lebih 4,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk para penyokong DAP, PAS dan juga PKR telah menghadiri   rumah terbuka tersebut  
Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong selaku pengerusi penganjur program tersebut antara lain mengucapkan terima kasih kepada sahabat andai dan rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa mengira perbezaan  fahaman idologi politik telah menghadiri rumah terbuka ini yang sudah pastinya  dapat mengiratkan perpaduan dan jalinan  mesra antara satu sama lain.



Sementara Lim Kit Siang Penasihat kepada parti DAP ketika memberi ucapannya di hadapan 4,000 orang di dalam Dewan yang penuh sesak dengn lautan masnusia telah mendedahkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kehidupan rakyat di seluruh negara.



Kata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diberi mandate semula oleh rakyat  semasa  PRU 13 lalu kerajaan pimpinan Datuk Najib Tun Razak telah gagal membawa kemakmuran dalam negara dan taraf kehidupan rakyat.



“Contohnya kerajaan telah gagal menunaikan janji-janjinya dalam manifesto BN semasa PRU 13 jika BN menang semula kerajaan tidak akan menaikan harga barangan termasuk minyak petrol dan tariff elektrik tetapi ternyata semua janji-janji itu bohong belaka sehingga kehidupan rakyat sekarang amat tertekan dengan keadaan ekomini dan kos sara hidup yang tinggi” tegasnya.



Sudah begitu yang membuat kemarahaan rakyat bukan saja masyarakat cina di negara ini malahan masyarakat  lainnya turut mengutuk atas perbuatan seorang  aktivis Mustafah Hamzah  yang mendakwa dirinya mewakili Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan menerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berniat jahat dan ganas kerana akan mencederahkan Ahli Parlimen Sah Putih Teresa Kok dengan ganjaran RM500,00 hingga RM1,200.00 menawarkan kepada orang ramai di negara ini siapa yang berani untuk sama ada menampar atau membinasakan dirinya sehingga mati.



Perbuatan Mustafah yang berniat untuk membunuh Teresa Kok pada masa terdekat ini walaupun perbuatannya jelas ada unsur-unsur jenayah dan mengumumkan di media-media sehingga di ketahui oleh rakyat seluruh  negara namum masih mendapat  sokongan padu oleh orang-orang Islam khsusnya para penyokong BN sehingga pihak polis sehingga ke hari ini tidak mengambil sebarang tindakan kepada Mustafah” kata Lim.



Kata Lim lagi ini hanya kes melibatkan Video yang hanya adegan sindiran saja kalau benar-benar kes ini memang boleh disabitkan kesalahan negara kita ada undang-undang panggil Teresa Kok soal siasatan bukan pula mahu membisakan orang.



“Mustafah Hamza wakil NGO Islam yang bersifat ganas bilamana menampar   Teraso Kok dan  orang yang diupah untuk membinasakan Teresa saya fikir  keluarganya tidak   berdiam diri dan bangsa cina lainnya  hanya tengoh sahaja sudah tentu mereka akan melantik beberapa peguam untuk mendakwa sambil menyaman malu dengan kos RM50 juta mampu kah Mustafah membayar saman sebanyak itu” tanya Lim.



Begitu juga dengan tindakan PERKASA yang diketuai oleh Ibrahim Ali di mana-mana orang-orangnya membakar Bible dan patung Paderi dan juga membakar beberapa buah gereja di beberapa negeri ini  sehingga sekarangpun Ibrahim Ali masih bebas seolah-olah perbuatan ganas yang dilakukan oleh PERKASA termasuk Majlis Jemaah  NGO Islam memang ditajak kalau tidak mungkin mereka berani kerana telah menyalahi undang-undang” ujar Lim.



Turut hadir ialah  Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong. Chan Foong Hing ADUN Sri Tanjung, Dr Edwin Bpsi ADUN Kepayan,  George Hiew Timbalan Pengerusi DAP, Frankie Poon Naib Pengerusi DAP  dan Calvin Chong Naib Pengerusi DAP














No comments:

Post a Comment